SEORANG pemain dan dua kakitangan di kelab bola sepak England, Watford dan seorang pembantu pengurus kelab Burnley, Ian Woan disahkan positif COVID-19 selepas ujian terhadap semua yang terlibat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) diadakan pada Selasa.
Dua lagi identiti yang disahkan positif COVID-19 tidak didedahkan dan kesemua yang terlibat dikehendaki melalui pengasingan selama tujuh hari sebelum diuji semula.

Watford bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain dan kakitangan yang disahkan positif coronavirus.
Jumlah kes positif yang kecil ini memberi harapan untuk EPL disambung semula pada 12 Jun.
Mereka didapati positif selepas ujian saringan melibatkan 748 pemain dan kakitangan daripada 19 kelab EPL diadakan.
Hanya Norwich City belum mengadakan ujian saringan yang dijalankan pada Selasa.
Baca: Pemain Liga Perdana Inggeris seperti tikus makmal - Rose
Kelab-kelab EPL memulakan latihan tanpa sentuhan dalam kumpulan yang kecil, sebagai langkah pertama untuk menyambung semula liga yang digantung sejak 13 Mac dalam usaha yang dinamakan Project Restart.
Sebelum ini, ketua pasukan Watford, Troy Deeney enggan kembali berlatih kerana bimbang ia bakal mengancam kesihatan keluarganya.
Pengurus Watford, Nigel Pearson juga tidak mempunyai masalah dengan keputusan yang dibuat Deeney.
Astro Awani
Wed May 20 2020

Seorang lelaki mendukung anaknya di luar pusat latihan pasukan Liverpool, Melwood selepas kelab-kelab EPL memulakan latihan secara berkumpulan pada Selasa. - Gambar AP/Peter Byrne
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia
Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.

Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak.

EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.

EPL: Kompany terkilan rayuan penalti Burnley tidak diendahkan
Kompany lebih terkejut apabila bola yang terkena tangan Chris Mepham tidak disemak ketika permainan memasuki minit kelapan masa tambahan.

EPL: Fernandes kurangkan tekanan Ten Hag
Mendapat hantaran Jonny Evans, pemain Portugal itu tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Burnley, James Trafford.

EPL: Hatrik Son Heung-min warnai kejayaan Tottenham atasi Burnley
Son Heung-min menjaringkan hatrik ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Burnley 5-2.

Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.

Liga Kejuaraan: Burnley sah kembali ke EPL selepas atasi Middlesbrough
Gol daripada Ashley Barnes dan Connor Roberts memastikan kemenangan penting itu buat Burnley.

Haaland cemerlang lakar hatrik
Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.

Dyche ganti Lampard, sandaran Everton kekal status elit
Everton bergelut di bawah Lampard, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace pada Oktober lalu.