Piala Dunia FIFA adalah sebuah temasya yang penuh dengan warna-warni dan sentiasa mencipta sejarah yang ikonik untuk diingati sepanjang zaman bagi peminat bola sepak.
Salah satu tumpuan pada setiap edisi Piala Dunia adalah bola rasmi yang digunakan.
Bermula pada edisi 1970 di Mexico, Adidas merupakan pembuat bola rasmi bermula dengan Telstar, bola hitam putih 32 panel heksagon dan pentagon yang diperbuat daripada kulit.
Sejak itu, bola-bola rasmi bagi edisi seterusnya melalui pelbagai revolusi teknologi yang mengubah teknik pembuatan bola sepak dan permainan itu sendiri.
Bagi edisi Piala Dunia Rusia 2018, Adidas kembali kepada rekaan tradisi dengan nama dan rekaan grafik yang diinspirasikan daripada negara tuan rumah itu sendiri.
Bola rasmi Piala Dunia FIFA Rusia 2018, Telstar 18, mempunyai asas berwarna putih, hitam dan kelabu, interpretasi moden daripada rekaan asal Telstar yang digunakan pada edisi 1970 dan 1974.
Setiap logo dan nama Telstar 18 berwarna emas, sepertimana Telstar yang asal pada 1970.
Buat pertama kalinya, bola rasmi yang bakal digunakan di Rusia pada kejohanan yang akan bermula Jun tahun depan memperkenalkan bentuk panel terbaharu.
Masih dibentuk dengan enam panel seperti bola rasmi edisi sebelumnya iaitu Brazuca yang digunakan di Brazil, ia disatukan dengan teknologi tanpa jahitan selain menampilkan tekstur permukaan 3D untuk kawalan lebih baik.
Selain itu, Telstar 18 juga menjadi bola rasmi pertama yang mengandungi teknologi cip NFC, menjadikannya bola Piala Dunia paling inovatif setakat ini.
Dengan bola ini, pengguna boleh berinteraksi dengan aplikasi yang disediakan Adidas menggunakan telefon pintar, dengan menyentuh peranti itu pada bahagian cip bola tersebut.
Pengguna akan dibawa terus ke laman kandungan eksklusif dan mendapatkan akses kepada cabaran yang boleh disertai pengguna dengan menggunakan bola itu.
Bagaimanapun ia tidak seperti bola Adidas miCoach yang membolehkan pengguna mengetahui maklumat permainan mereka seperti kekuatan, kelajuan, lencongan dan trajektori bola yang disepak.
Bola Telstar 18 dipamerkan untuk pertama kalinya oleh Lionel Messi dan beberapa pemenang Piala Dunia termasuk Zinedine Zidane, Kaka, Alessandro Del Piero, Xabi Alonso, dan Lukas Podolski di Moscow pada 10 November 2017.
Israr Khalid
Wed Nov 15 2017
Pemain Argentina, Lionel Messi memegang bola rasmi Piala Dunia Rusia 2018, Telstar 18 keluaran Adidas di Moscow. Gambar - Adidas Malaysia.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Reka bentuk retro Telstar 18 datang dengan teknologi terkini
Telstar 18 merupakan interpretasi moden reka bentuk bola yang digunakan pada Piala Dunia 1970 dan 1974 dengan teknologi terkini.