Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyifatkan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai tokoh yang memberi inspirasi terhadap kemajuan bola sepak di Malaysia dan Asia.
Shaikh Salman juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan komitmen cemerlang baginda terhadap pembangunan bola sepak sejak beberapa dekad lalu.
"Baginda mencurahkan khidmat menerusi pelbagai kapasiti dalam bola sepak, dan banyak pihak termasuk saya akan merasakan ketiadaan peranan dan sokongan baginda.
"Kita akan sentiasa menghargai usaha baginda yang tidak mengenal penat lelah terhadap pembangunan pentadbiran profesional dan usaha mempromosi sukan berkenaan," kata Shaikh Salman dalam kenyataan dikeluarkan pada laman sesawang AFC; www.the-afc.com.
Shaikh Salman juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Abdullah dalam melaksanakan tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan menyatakan keyakinan Malaysia dan rakyat negara ini akan terus membangun dan maju di bawah pemerintahan baginda.
Terdahulu, Shaikh Salman menghadap Sultan Abdullah di Istana Negara, pada Selasa.
Sultan Abdullah terkenal dengan minat yang mendalam dan kepimpinan baginda dalam bola sepak dan memegang beberapa jawatan dalam AFC, termasuk Timbalan Presiden dan juga jawatan lain seperti Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Asia AFC 2015 dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan AFC.
Baginda yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari 2014 hingga 2017, turut mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Tadbir Urus AFC, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019
Sultan Abdullah terkenal dengan minat yang mendalam dan kepimpinan baginda dalam bola sepak. - Gambar fail
Sasar 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
FINAS akan menerajui kempen kesedaran untuk mendidik pengeluar, penaja dan pekerja tentang faedah caruman KWSP.
Akta Mesin Cetak: Fahmi akan berhubung, sedia dengar pendapat pengamal media
Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dalam satu kenyataan meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan cadangan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk keperluan pelesenan untuk media dalam talian.
[TERKINI] Pekerja asing dibenar kerja di kedai runcit stesen minyak
Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Sindiket tumpas, polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, empat individu termasuk pasangan suami isteri ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berbeza itu.
Perkembangan semasa di Terengganu
Lintas langsung perkembangan semasa banjir di Terengganu bersama Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Tumpuan Rabu – 20 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua petugas SK Limau Purut maut dalam kemalangan
Dua petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Jerantut maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.