BEKAS pengurus kelab bola sepak Manchester United, Sir Alex Ferguson menjalani pembedahan kecemasan hari ini setelah dilapor mengalami pendarahan otak.
Perkara itu dimaklumkan kelab berkenaan menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi yang turut menyatakan bahawa prosedur pembedahan ke atas Fergusan berjalan lancar.
"Beliau perlukan rawatan rapi untuk tempoh tertentu bagi mengoptimumkan proses penyembuhannya.
"Keluarganya memohon privasi berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu.
Pengurus bola sepak paling berjaya dalam sejarah bola sepak British itu dianugerahkan gelaran Sir pada 1999, tahun yang sama United menjulang tiga trofi pada satu musim.
Ferguson, 76 tahun, menerajui United dari 1986 hingga 2013, menjuarai Liga Juara-Juara dua kali, Liga Perdana 13 kali dan lima kali menjulang Piala FA.
Ferguson menyertai United pada November 1986 selepas Ron Atkinson dipecat dan memerlukan tiga setengah tahun untuk mencatat kejayaan pertamanya bersama United dengan Piala FA pada 1990.
Pada 2001 beliau memutuskan untuk meninggalkan kelab namun dipujuk keluarganya dan kekal membimbing The Red Devils hingga 2013.
Agensi
Sat May 05 2018

Sir Alex Ferguson masih perlukan rawatan rapi untuk tempoh tertentu bagi mengoptimumkan proses penyembuhannya. - Foto AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Eric Cantona berang Manchester United tidak hormat Alex Ferguson
Eric Cantona, berang dengan pemilik bersama kelab Manchester United, Ineos, yang memecat Alex Ferguson daripada peranan duta besar.

"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson
Ferguson percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya.

Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold kekasih lama Alex Ferguson
Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold pernah menjadi kekasih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson suatu ketika dahulu.

Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Dua bekas pengurus yang pernah berseteru itu tersenarai untuk menyertai Hall of Fame EPL, yang mula diperkenalkan pada 2021.

Anwar kongsi pengalaman dengan Sir Alex Ferguson
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi pengalaman dengan pengurus legenda pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, untuk dicontohi persatuan dan badan sukan di negara ini dalam memb

Mengapa sekarang? Carragher persoal permintaan Ronaldo tinggalkan United
Cristiano Ronaldo sepatutnya memberitahu Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu dan bukannya menjatuhkan kejutan pada Julai.

Layanan 'pengering rambut' Ferguson cairkan Ronaldo
Apa yang tersirat di dalam minda Sir Alex Ferguson semestinya ditanya-tanyakan oleh peminat bola sepak seantero dunia.

Ferguson kunci kepulangan Ronaldo ke Manchester United
United semalam mengumumkan telah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

100 perlawanan EPL Solskjaer: Bagaimana bandingan dengan Ferguson dan pengurus United yang lain?
Di United, terdapat prestasi naik turun dipamerkan, tetapi persembahan menyamai rekod ke atas Saints adalah bukti peningkatan dipamerkan pasukan di bawah kendalian Solskjaer musim ini.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).