Cabaran jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir apabila mereka disingkirkan pada akhir Kejohanan Badminton All England pada Jumaat (awal pagi ini waktu Malaysia).

Perlawanan dengan musuh tradisi, Lin Dan dari China kali ini tidak memihak kepada juara bertahan, Chong Wei dengan kekalahan straight set 16-21, 17-21 dalam masa 52 minit di Birmingham.

Menanti Lin Dan di separuh akhir adalah rakan sepasukannya Huang Yuxiang yang menewaskan H. S Prannoy dari India dalam pertarungan sengit 22-20, 16-21, 21-23, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Seorang lagi jaguh badminton China, Chen Long turut ditunjukkan jalan keluar oleh rakan sepasukannya Shi Yuqi dengan straight set 10-21, 17-21.

Sementara beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong sukar menandingi beregu nombor dua dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan straight set 20-22, 11-21 dalam masa 43 minit.

Boe-Mogensen akan bertemu Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun di separuh akhir.

-- BERNAMA