Suar dibaling ke atas padang dan mercun roket dilepaskan, dengan chant yang mempersendakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada saat perlawanan menentang Arab Saudi berbaki dua minit.
Dilabel sebagai memalukan dan mencemar nama baik negara, namun bagi golongan peminat yang menggelar diri mereka sebagai Ultras Malaya ini, ini jalan terakhir mereka.
Ketika ramai yang mengkritik, hakikatnya ramai juga yang melihat tindakan ini membawa suara penyokong tegar bola sepak tempatan yang sudah jelak dengan perkembangan semasa.
Antara luahan penyokong di Facebook.
Ramai juga yang mempersoalkan saluran betul yang dicanang sesetengah pihak. Ini kerana mereka mendakwa saluran betul yang digunakan selama ini langsung tidak menampakkan hasil.
Perlawanan semalam dihentikan pada minit ke 88, dengan Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1. Keputusan akhir bagaimanapun akan dibincang dan diumumkan oleh FIFA beberapa hari lagi.
Mengikut jadual, Malaysia bakal bertemu Timor Leste di tempat lawan dalam perlawanan Kumpulan A pada 13 Oktober ini.
BACA: 15 sebab mengapa Ultras Malaya 'naik angin'
GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar