Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia menarik diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Khairy Jamaluddin mahu bertanding.
Annuar yakin bahawa Menteri Belia dan Sukan itu sebagai calon yang paling layak untuk menerajui kerusi panas itu, dengan adanya pengalaman mengendalikan pasukan MyTeam dan selain pernah memegang jawatan timbalan presiden FAM sebelum ini.
"Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ (Khairy) sudi menerima pencalonan dirinya... Good luck KJ. Saya harap beliau dapat memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat Malaysia sebagai Top 100 Nation dalam arena bola sepak.
"Untuk itu diharap KJ dapat memperluas Pelan Induk Pembangunan Bolasepak Negara kepada satu blueprint komprehensif 30 tahun yang memungkinkan berubahnya DNA bola sepak Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
BACA: Khairy belum putus pencalonan jawatan presiden FAM
Terdahulu, Khairy berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut dan sedia menarik diri sekiranya seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat bertanding.
Selain Khairy, Annuar dan Tunku Ismail, turut dicalonkan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat, tetapi sehingga kini, kesemua calon masih berteka-teki mengenai keputusan mereka sama ada mahu bertanding atau tidak.
Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata usaha menolak peranan dan penglibatan ahli politik dalam bola sepak negara bererti menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa kini.
Beliau berkata 12 daripada 19 ahli gabungan FAM pernah atau sedang dipimpin oleh ahli politik daripada pelbagai latar belakang seperti UMNO, PKR, PAS dan DAP.
"Presiden FAM yang menolak atau tidak berkerjasama dengan orang politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan kerana pembangunan bola sepak Malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat," katanya.
Semua calon itu perlu memberi keputusan sama ada mahu bertanding sebelum tarikh tutup pada 13 Feb kepada sekretariat FAM dan senarai akhir calon akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM manakala pengumuman kepada media akan dibuat pada 20 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017

Bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sedia menarik diri daripada bertanding jawatan presiden FAM sekiranya Khairy mahu bertanding. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.