Buat julung-julung kalinya, kejohanan muay thai bertaraf antarabangsa menampilkan atlet profesional sukan itu dari Thailand, Malaysia dan Eropah akan diadakan di Malaysia pada 5 Mei depan.
Dinamakan "KL Fight", kejohanan muay thai profesional antarabangsa itu dijangka menarik kehadiran sehingga 10,000 peminat sukan mempertahankan diri itu ke Dataran Merdeka, tempat kejohanan itu akan berlangsung.
"KL Fight akan mengabungkan kehebatan atlet muay thai terkenal dunia dengan elemen hiburan dan kebudayaan bagi memastikan mereka yang hadir teruja, walaupun mereka bukan peminat sukan itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif "KL Fight" Mohd Faizul Mat Alewi kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Selain menyaksikan pertembungan atlet-atlet profesional muay thai dunia yang diadakan secara terbuka, penonton juga akan disajikan dengan persembahan hiburan dan kebudayaan serta kehadiran kenderaan saji yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Mohd Faizul berkata, "KL Fight" menerima sokongan penuh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Raja Boxing, syarikat pembuat alatan muay thai terkenal Thailand yang juga berpengalaman luas menganjurkan kejohanan antarabangsa sukan itu.
Menurutnya, penganjuran "KL Fight" Mei depan di Dataran Merdeka juga bakal meletakkan Kuala Lumpur sebagai pusat serantau untuk sukan mempertahankan diri itu yang mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.
Sementara itu, Pengarah "KL Fight" Mohd Hazrul Mohd Safri berkata, antara atlet muay thai terkenal Thailand yang bakal beraksi pada "KL Fight" ialah Saiyok Pumpanmuang, Sudsakorn Sor Klinmee dan Saenchai Sor Kingstar.
"Saenchai, salah seorang atlet Muay Thai terbaik di Thailand akan beraksi dalam perlawanan pertunjukan," katanya.
Empat atlet Muay Thai terkenal negara jiran itu akan bergabung dengan empat atlet Malaysia menentang lapan peserta profesional sukan itu daripada Eropah yang kini berpangkalan di Thailand, katanya.
"Ia bakal menyaksikan pertembungan yang amat sengit antara benua Asia dan Eropah," katanya.
Buat masa ini empat atlet Muay Thai Malaysia yang bakal beraksi pada "KL Fight" masih belum ditentukan, katanya dan menurutnya kejohanan antarabangsa itu juga akan menjadi batu loncatan kepada atlet negara untuk maju ke hadapan dalam karier mereka.
Ini kerana, katanya, wakil-wakil syarikat promoter terkenal di Thailand akan turut hadir di "KL Fight" untuk mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Mohd Hazrul berkata, "KL Fight" juga berkemungkinan akan melebarkan sayapnya ke seluruh Malaysia berikutan minat mendalam ditunjukkan beberapa negeri untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018

Sudsakorn Sor Klinmee adalah antara atlet muay thai yang bakal menggegarkan arena kejohanan nanti. - Facebook / sudsakornmuaythaigym

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.

Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.

Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.

Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.

Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.

Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.

Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.