Ayah kepada Datuk Lee Chong Wei, Lee Ah Chai positif anaknya mampu meraih pingat emas setelah beliau berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dalam pusingan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio de Janeiro hari ini.
Beliau yang berbangga dengan pencapaian Chong Wei berharap pemain nombor satu negara itu terus fokus dan memastikan perhatiannya tidak terganggu untuk menghadapi perlawanan akhir esok.
"Beliau bermain dengan baik malam ini meskipun melakukan kesilapan di set pertama, namun beliau bangkit semula di set kedua. Sudah semestinya sebagai ayah, saya sangat berbangga dengan pencapaian beliau," katanya ketika dihubungi Bernama selepas tamat perlawanan itu.
Chong Wei berjaya memusnahkan impian Lin Dan untuk mara ke pusingan akhir badminton perseorangan lelaki apabila menewaskannya dalam rubber set 15-21, 21-11 dan 22-20.
Pusingan akhir badminton perseorangan lelaki yang akan berlangsung esok akan menyaksikan Chong Wei bertemu Cheng Long dari China.
Ah Chai turut berterima kasih atas sokongan berterusan seluruh rakyat Malaysia dan berharap anaknya dapat menggalas harapan tersebut dan membawa pulang pingat emas buat negara.
Terdahulu, seramai 500 orang hadir untuk menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir tersebut di Gurney Paragon, di sini yang disediakan satu skrin besar oleh Hunza Properties.
Bagi Lim Lee Peng, 39, yang turut hadir berkata beliau sangat berbangga dengan corak permainan Chong Wei dan akui Lin Dan adalah pemain badminton yang sangat hebat.
"Lin Dan bukanlah pemain yang calang-calang dan Chong Wei telah berjaya menewaskannya, meskipun sukar. Sebagai rakyat Malaysia, kami sangat berbangga dengan beliau. Selamat berjuang di final nanti," katanya.
Bernama
Fri Aug 19 2016
AH CHAI: Sangat berbangga dengan pencapaian anaknya.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
JBPM Pulau Pinang terima panggilan pada 9.07 malam memaklumkan sebuah kereta dihempap sebatang pokok di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
'Dia tetap wira nombor satu di hati saya' - Bapa Chong Wei
Ah Chai, 63, ketika ditemui di kediamannya di Bandar Cassia, Batu Kawan di sini menyatakan anaknya telah berjuang habis-habisan menentang Chen Long.
Ayah Chong Wei positif emas dalam genggaman anaknya
Lee Ah Chai berharap pemain nombor satu negara itu terus fokus dan memastikan perhatiannya tidak terganggu untuk menghadapi perlawanan akhir esok.