Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila menewaskan England 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Pusat Sukan Kunshan, di sini, malam tadi.
Pemain perseorangan nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 34 minit untuk memberi mata pertama dengan menyingkirkan Toby Penty dalam straight set 21-15, 21-11.
Beregu utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua negara apabila mengambil masa 40 minit untuk mengalahkan Marcus Ellis/Chtis Langridge 21-12, 21-17.
Malaysia meneruskan aksi 'pemanas badan' dengan mata ketiga disumbangkan oleh pemain perseorangan Chong Wei Feng yang mengatasi Sam Parsons 21-10, 21-10 dalam masa 34 minit.
Bagaimanapun, beregu veteran Koon Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menepati ramalan apabila tewas kepada gandingan Peter Briggs/Tom Wolfenden 18-21, 21-13, 17-21 sebelum Goh Soon Huat menutup tirai pungutan mata dengan mengalahkan Alex Lane 21-15, 19-21, 21-13.
Chong Wei, selaku ketua pasukan, berkata mereka mengambil keputusan untuk merehatkan pemain perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sebagai strategi pasukan serta mahu menilai prestasi Wei Feng dan Soon Huat.
"Ini adalah strategi sebelum memutuskan barisan pemain bagi menghadapi perlawanan yang lebih sukar nanti," kata Chong Wei.
Pada ketika ini, kami mahu menang dengan mudah ke atas England dan Jerman sebelum berdepan dengan Korea Selatan...ini semua bagi mencatur barisan pemain pada peringkat suku akhir," katanya.
Malaysia akan berdepan dengan Jerman hari ini.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Korea Selatan dengan mudah mengalahkan Jerman 5-0 sebelum menentang England hari ini.
Dalam perlawanan Kumpulan B, Thailand mengatasi India 3-2.
China pula dengan mudah mengalahkan Mexico 5-0 dalam Kumpulan A manakala juara bertahan Jepun turut mencatatkan keputusan sama dengan Perancis dalam kumpulan sama.
Bernama
Mon May 16 2016
Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas hantaran lawannya dari England Toby Penty pada kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan. - Foto BERNAMA
Final Piala FA JDT lawan Selangor: Polis pantau provokasi di stadium, media sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau penyokong yang cuba menimbulkan provokasi menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, termasuk di media sosial.
Ada kemajuan dalam rundingan gencatan senjata Israel-Hamas
Amerika Syarikat memaklumkan ada perkembangan positif dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang melibatkan Israel, Mesir dan Qatar, namun tidak melibatkan wakil Hamas.
Bekas menteri yakin cukup jumlah untuk bertanding pemilihan PM Jepun
Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba yakin mampu menarik sokongan mencukupi untuk layak bertanding dalam pemilihan kepimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) seterusnya menjadi Perdana Menteri Jepun.
JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC bakal menambah satu lagi babak baharu dalam sejarah perseteruan mereka malam ini.
[TERKINI] MetMalaysia keluar amaran ribut petir
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hampir seluruh negara sehingga enam petang hari ini.
Naik taraf pusat penjaja, persekitaran lebih lestari antara aspirasi Maimunah
Menaik taraf tahap dan kualiti pusat perniagaan dan penjaja buat warga kota, menjadi antara aspirasi Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok
Suami isteri warga emas maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kuala Kangsar pada Jumaat.
BAM setuju lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin 1 Sept
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 1 Sept ini.
Insiden kepala air: Mangsa cerita 'talian hayat' guna tali pancing, batu ladung
Mangsa yang terperangkap di Risda Eco Park susulan fenomena kepala air di Kampung Sungai Bil, Slim Village hanya ingat hidup atau mati.
Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam Lorong TAR
Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup hari ini susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pagi semalam.
Aaron-Wooi Yik kekal bersama BAM hingga Olimpik Los Angeles 2028
Aaron-Wooi Yik digandingkan pada 2017, dengan pencapaian terbaik mereka ialah memenangi pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.
Terbuka Jepun: Zii Jia tewas di pusingan pertama
Zii Jia gagal mengulangi prestasi baik beliau dan tewas kepada pemain ke-29 dunia, 18-21, 13-21 dalam masa 41 minit pada kejohanan Super 750 di Arena Yokohama.
'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'
Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.
Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik tidak sangka mampu bangkit
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak sngka mampu bangkit dari ambang kekalahan untuk menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah harap perjalanan bersejarah mereka cetus inspirasi
Pearly Tan-Thinaah harap pencapaian mereka untuk mara sehingga separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 dapat mencetuskan inspirasi kepada 'adik-adik' lain.
Paris 2024: Beraksi di Kota Cinta, Huang Yaqiong terima lamaran selepas menang emas
Gandingan nombor satu China itu menoktahkan kemenangan dalam straight set menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.
Olimpik Paris 2024: Kem badminton berdepan Tembok Besar China, Vikings
Namun, ketiga-tiga wakil itu berdepan cabaran lebih sengit pada Jumaat apabila berdepan halangan daripada Tembok Besar China.
Perlawanan badminton Israel lawan Nepal disiarkan secara tidak sengaja - RTM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.
Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan dengan mara ke peringkat suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.