Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra.
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini pada Isnin.
"Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea," kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jadadish, yang juga anggota majlis BAM, adalah anggota utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.
Beliau berkata, BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain.
"Ia bukan pemain Malaysia dan tiada kaitan dengan pemain Denmark," katanya.
Jadadish berkata, empat saksi dari tiga negara memberi kenyataan semalam, manakala dua lagi akan memberi keterangan hari ini.
Pendengaran itu akan bersambung pada 10 pagi hari ini.
Ditanya tentang pendengaran itu, Jadadish berkata: "Saya tiada isu berkaitan prosedur. Panel terlibat amat adil. Saya berharap keadilan dapat ditegakkan nanti.
"Pemain berkenaan juga memberi kerjasama yang amat baik," katanya.
Jadadish berkata, bahan bukti pihak pemain akan dikemukakan pada pendengaran itu pada hari ini.
"Pemain itu tidak memberi keterangan pada sesi hari ini (Isnin). Esok (Selasa) merupakan hari pembelaan. Pihak peguam yang mewakili pemain akan menyoal balas saksi," katanya.
Jadadish berkata, beliau tidak menjangka BWF akan memberi keputusan kes itu hari ini kerana lazimnya "sesuatu keputusan akan diserah secara bertulis berserta dengan alasan kepada kami".
Zulfadli, bekas juara remaja dunia 2011, dan Tan, yang pernah beraksi pada kejohanan Piala Thomas 2010, masing-masing diwakili dua peguam pada pendengaran dua hari itu.
Pendengaran dikendalikan panel tiga anggota daripada BWF.
"Mereka adalah dari tiga negara," kata Jadadish.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
![Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61493421631_Badminton.jpg)
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin. - Gambar hiasan
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734699503_BWF.jpg)
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
!['Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan 'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729997638_TBkianMeng.jpg)
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
![Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683848591_TBSoligorsk.jpg)
Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL
The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.
![Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610111748_BadmintonWorldFede.jpg)
Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.
![Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525349767_KhairyJamaluddin.jpg)
Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.
![Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525236619_Badminton.jpg)
Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF
Dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
![Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61493421631_Badminton.jpg)
Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin.
![Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519285212_FAS.jpg)
Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi
Dua pemain bola sepak Sarawak dakwa diperlaku tidak adil oleh FAS apabila dituduh mengatur perlawanan dengan Felcra United 10 Februari lalu.
![Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519187279_BolaBebasRasuah.jpg)
Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.
![Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518682733_FasRasuah.jpg)
Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman
Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie direman enam hari selepas dipercayai menerima atau meminta suapan.