Harapan Malaysia untuk mengejutkan gergasi Asia, Jepun, dalam pusingan 16 Sukan Asia 2018 lebur apabila tewas 1-0 hasil jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Ayase Ueda, malam tadi.
Malaysia masih mempertaruhkan gandingan trio yang memusnahkan Krygyzstan dalam aksi pertama apabila menurunkan gandingan serangan SAS -- Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad -- di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi.
Selain ancaman Yuto Iwasaki ketika perlawanan baru berusia lapan minit, Jepun dilihat gagal menembusi benteng skuad negara yang diterajui oleh Adam Nor Azlin.
Skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee tampak lebih cenderung untuk bertahan dalam usaha mengekang serangan lawan yang banyak berpunca daripada Reo Hatate dan Daizen Maeda.
BACA: Kim Swee akui jurang Malaysia dan Jepun kecil
Safawi berpeluang untuk mengejutkan Jepun 11 minit selepas rehat apabila serangan balas yang menyaksikan Akhyar melorongkan bola buat penggempur Johor Darul Ta'zim (JDT) itu disudahkan dengan rembatan kiri yang sipi di pintu gol dan Akhyar juga sekadar melihat percubaan kaki kanannya tersasar, seminit kemudian.
Malaysia semestinya berada di depan pada minit ke-59 seandainya hantaran lintang Safawi dari sebelah kiri dapat dikuis oleh mana-mana rakan sepasukan tatkala serangan balas Jepun turut gagal disudahkan oleh barisan depannya.
Kesilapan Adam yang lambat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hampir-hampir menghukum Malaysia pada minit ke-65 dalam satu gerakan yang berpunca daripada Naganuma Yoichi.
Setelah tandukan Syafiq melewati palang pada minit ke-75, Safawi meraih dua peluang keemasan untuk memberikan Malaysia kelebihan tetapi sepakan percuma dan rembatan bebas kaki kirinya hanya singgah ke palang serta tiang gol tatkala Ryosuke Kojima telah tertewas.
Tatkala aksi di Patriot Chandrabhaga dilihat bakal diheret ke masa tambahan, Jepun dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas Dominic Tan menolak jatuh Ueda dan pemain yang menggantikan Maeda itu mudah menewaskan Haziq Nadzli untuk memastikan Malaysia kempunan dalam usaha meneruskan prestasi cemerlang di Indonesia.
"Pada saat akhir, kami hilang fokus dan Malaysia sedia maklum bahawa Jepun memiliki barisan depan yang cukup baik. Ia menyukarkan kami tetapi selepas beraksi dengan baik ketika bertahan, sepakan penalti memisahkan kedua-dua pasukan.
"Bagaimanapun, pemain-pemain telah memberikan aksi terbaik tetapi kehilangan sedikit konsentrasi," kata Kim Swee.
Astro Arena
Fri Aug 24 2018
Pengadil, Bijan Heidari menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Jepun selepas Dominic Tan Jun Jin menjatuhkan pemain Jepun dalam kawasan Malaysia pada bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 malam tadi. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berlian kedua terbesar di dunia ditemui di Botswana
Menurut kenyataan daripada syarikat perlombongan Kanada Lucara Diamond Corp, berlian itu boleh menjadi antara berlian kasar terbesar yang pernah digali.
28 maut akibat wabak kolera di Sudan
Angka kematian akibat wabak kolera di Sudan meningkat kepada 28 individu setakat ini.
Menteri Kesihatannya, Haitham Mohammed Ibrahim pada Rabu berkata, pemantauan kementeriannya setakat ini merekodkan hampir 600 kes iaitu 593 kes sejak ia kembali dikesan menular pada Julai lalu.
Menteri Kesihatannya, Haitham Mohammed Ibrahim pada Rabu berkata, pemantauan kementeriannya setakat ini merekodkan hampir 600 kes iaitu 593 kes sejak ia kembali dikesan menular pada Julai lalu.
Thailand sah kes pertama daripada Strain Clade 1B
Begitu pun, setakat ini tiada jangkitan tempatan dikesan di Thailand melalui penjejakan kontak.
Hampir tiga juta rakyat Bangladesh terkandas akibat banjir
Banjir di Bangladesh mengakibatkan hampir tiga juta rakyatnya terkandas di pelbagai kawasan di negara itu. Dalam bencana yang berpunca daripada hujan lebat bawaan monsun tanpa henti di negara itu turut menyebabkan dua individu terkorban.
Malaysia serlah potensi, pelabur asing kembali yakin
Setakat Julai, ketika masalah politik berkembang di Thailand dan Indonesia, warga asing menyuntik AS$1.75 bilion ke dalam pasaran hutang Malaysia, yang mana ia jumlah tertinggi dalam setahun.
India tawar bantuan tamatkan krisis di Ukraine, Asia Barat
: India sedia menawarkan bantuannya untuk menamatkan konflik di Ukraine dan Asia Barat melalui rundingan dengan negara-negara sahabat.
Pendakwaan bantah permohonan jaminan 14 tertuduh kes culik warga Palestin
Pihak pendakwaan membantah permohonan 13 lelaki dan seorang wanita untuk dilepaskan dengan jaminan atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
'Lembu', 'durian' antara kod sulit digunakan penguat kuasa tutup jejak sindiket
Penguat kuasa di KLIA dipercayai menggunakan kod sulit seperti 'lembu' dan 'durian' untuk menutup jejak sindiket membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini menerusi modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas.
SPRM akan panggil lebih ramai penguatkuasa, bantu siasatan
Menurut sumber, hasil risikan mendapati bayaran rasuah yang dibayar kepada penguat kuasa yang menjadi tali barut sindiket itu adalah berbeza mengikut kewarganegaraan.
Penyusuan badan digalakkan bagi manfaat ibu dan bayi - Pakar
Golongan ibu disarankan memberi susu badan kepada bayi memandangkan kaedah itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya.
Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas
Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan tiada serangan berbahaya yang dihadapi kedua-dua penjaga gol.
Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas
Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan ketika kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024, sudah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka Muhamat Puhat Bedol meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun
Kemenangan ini menambah kejayaan Sepanyol yang baru sahaja memenangi kejuaraan Eropah.
Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak
Selepas 23 cemerlang sebagai pemain bola sepak, kini tiba masanya untuk Pepe tinggalkan gelanggang.
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
Piala FA: Hatrik Safuwan bantu Selangor singkir Terengganu untuk hampiri kejuaraan
Muhammad Safuwan muncul wira pasukan dengan jaringan hatriknya untuk memastikan Gergasi Merah menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-4.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.