Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadikannya insan yang lebih baik.
Chong Wei, 37, yang mengambil keputusan untuk menggantung raketnya Jun lepas, berkata tanpa bimbingan jurulatih-jurulatih berkenaan, beliau tidak akan berpeluang menjadi seperti apa yang dicapainya sekarang.
Beliau berkata jurulatih-jurulatih seperti Datuk Misbun Sidek, Teh Peng Huat, mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek, Morten Frost, Datuk Tey Seu Bock, Hendrawan dan banyak lagi yang bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.
"Beberapa hari sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada 2019. 2019 merupakan tahun yang penuh suka duka buat saya, secara fizikal dan emosi . Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih saya.
Tanpa mereka, saya tidak akan berpeluang mewakili negara. Mereka berkeras dalam latihan, sangat keras sehingga ada beberapa hari minda saya terasa kosong kerana terlalu menekan diri sendiri," katanya.
Chong Wei berkata ada ketikanya beliau muntah di gelanggang dan beberapa ratus kali pulang ke rumah dalam keadaan kekejangan otot.
"Tidak pernah saya merungut kerana saya tahu mereka boleh berlembut dengan saya, ambil gaji mereka dan meneruskan kehidupan. Mereka keras dan tegas, kerana mahu saya memberikan yang terbaik," kata Chong Wei dalam akaun Instagram@leechongweiofficial pada Jumaat.
Beliau juga berkata: "Sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka lakukan untuk saya. Sebagaimana pepatah Cina berkata - Sehari sebagai guru anda, sepanjang hayat selaku bapa anda. Terima kasih jurulatih!"
Bekas pemain ranking nombor satu dunia itu mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional selepas kerjaya 19 tahun yang gemilang.
Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu yang didiagnos menghidap kanser hidung peringkat awal tahun lepas, berkata beliau memilih untuk bersara selepas diberitahu doktor bahawa tubuhnya tidak lagi mampu melakukan latihan intensif diperlukan untuk pertandingan peringkat tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 27 2019
LEE CHONG WEI: Tanpa mereka, saya tidak akan berpeluang mewakili negara. - Gambar fail
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.