Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Datuk Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhir hari ini.
Selepas layak empat kali di final Kejohanan Dunia, pemain berusia 33 tahun itu masih kempunan menamatkan badi meraih gelaran utama dan edisi tahun depan akan menjadi usaha terakhir sebelum mengakhiri kariernya.
"Setahun lagi sebelum saya bersara dan pemain Malaysia yang lain harus mengisi kekosongan yang ada," kata Chong Wei selepas sekali lagi kecewa di pentas final Sukan Olimpik, hari ini.
Chong Wei adalah naib juara dunia edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 tetapi pingat perak 2014 di Copenhagen, Denmark ditarik balik selepas gagal ujian doping menyebabkan beliau digantung lapan bulan.
Juara dunia dari China, Chen Long menjadi penghalang kepada usaha terakhir Chong Wei di Olimpik selepas menundukkan pemain negara 21-18, 21-18, sekali gus menamatkan harapan Malaysia meraih pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik.
Mengenai perlawanan akhir itu, Chong Wei mengakui ia bukan aksi yang diimpikannya kerana berharap dapat menentang musuh tradisinya, Lin Dan di final sebagai pentas mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik.
Chong Wei juga mengakui Chen Long adalah pemain yang lebih baik dalam perlawanan itu dan beliau telah mencuba yang terbaik untuk memberikan Malaysia pingat emas pertamanya tetapi gagal menggugat keutuhan lawannya.
"Banyak kesilapan di depan jaring yang saya lakukan dan ia nyata memberi kesan ketika Chen Long beraksi dengan cukup baik," kata Chong Wei yang tewas di tangan Lin Dan dalam aksi final edisi 2008 dan 2012.
"Saya perlu terima hakikat karier Olimpik saya berakhir dengan pingat perak," katanya yang mengutip pingat perak ketiganya daripada empat penampilan di temasya Olimpik.
Bernama
Sun Aug 21 2016
CHONG WEI: Saya perlu terima hakikat karier Olimpik saya berakhir dengan pingat perak. -Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.