Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelasnya tersendiri apabila mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Tommy Sugiato dalam 17 perlawanan dan sekali gus meneruskan kemaraan ke final Terbuka Malaysia 2018 di sini hari ini.
Chong Wei juga semakin hampir melakar sejarah memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menyingkirkan pencabarnya dari Indonesia itu dengan straight set 21-18, 21-15 pada separuh akhir perseorangan lelaki di Axiata Arena,Bukit Jalil. di sini.
Namun pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu tidak menafikan ujian sebenar bakal teruji apabila menantinya di final esok adalah pemain muda sedang meningkat naik, Kento Momota dari Jepun yang dengan konsistennya menumpaskan ramai pemain terkemuka kali ini.
Momota, yang berusia 23 tahun itu, sekali lagi mudah menewaskan pemain pilihan keempat, Kidambi Srikanth dari India 21-13, 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Untuk rekod dua pertemuan sebelum ini antara Chong Wei dan Momota adalah seimbang dengan kedua-dua pemain itu memenangi satu perlawanan.
"Dia pemain muda yang berbakat dan hebat, saya pernah beritahu, selepas beliau habis daripada tempoh pergantunggan, Momota akan menjadi pemain yang akan digeruni selepas ini. Selepas saya dan Lin Dan bersara nanti, dia dan Axelsen akan menjadi tumpuan.
"Tetapi pada perlawanan esok, saya akan bermain dengan cara saya tersendiri, fokus dengan corak permainan saya. Saya berharap akan beraksi lebih baik daripada hari ini," katanya kepada pemberita.
Mengenai aksi hari ini, Chong Wei tetap memuji lawannya itu yang mampu menewaskan pemain nombor tiga dunia, Shi Yuqi dari China untuk ke separuh akhir hari ini.
"Saya puas hati dengan prestasi saya, menang ke atas Tommy sebanyak 17 kali dan tidak pernah kalah, ia sangat penting dalam karier saya. Perlawanan hari ini bukan mudah, semangat dia di gelanggang berbeza selepas berjaya menewaskan pemain nombor tiga dunia semalam.
"Dalam fikiran saya, perlawanan hari ini adalah sengit, saya perlu memberikan aksi habis-habisan untuk memenangi perlawanan tadi," katanya.
Sementara itu, Momota berkata beliau benar-benar mahu menentang Chong Wei di perlawanan akhir esok dan menjangkakan satu perlawanan yang sengit.
Mengulas mengenai persembahannya, Momota berkata dia masih perlu memperbaiki pukulannya kerana kebanyakan pemain bertaraf dunia mempunyai pukulan yang tajam dan pantas.
"Srikanth mempunyai pukulan 'smash' yang baik dan pantas. Gaya permainannya unik. Saya perlu bermain dengan agresif untuk mendapatkan mata. Esok saya memang berharap untuk menentang Chong Wei kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik di Malaysia.
"Saya tidak fikirkan mengenai menang atau kalah, saya hanya ingin menikmati perlawanan itu dan akan menunjukkan permainan yang terbaik untuk peminat dan penyokong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018

Chong Wei berada dalam kelasnya yang tersendiri. - Gambar fail

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.