Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak akan menyertai Kejohanan Dunia BWF di Nanjing, China pada hujung bulan ini dan Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan, disebabkan masalah kesihatan.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata Chong Wei telah dinasihatkan oleh doktornya agar berehat dan menjalani rawatan selepas mengalami masalah berkaitan respiratori.
"Buat masa ini beliau tidak boleh melakukan kegiatan fizikal intensif sekurang-kurangnya selama sebulan, justeru kami terpaksa menarik balik penyertaan beliau dalam Kejohanan Dunia BWF dan juga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018," kata kenyataan itu.
Kejohanan Dunia BWF dijadualkan dari 30 Julai hingga 5 Ogos manakala Sukan Asia Jakarta-Palembang pula dari 19 hingga 28 Ogos ini.
BAM seterusnya meminta masyarakat dan juga media agar memberi ruang kepada Chong Wei dan keluarganya dalam tempoh pemulihan beliau.
"Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM)," kata BAM.
Beberapa media sebelum ini melaporkan bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyertai latihan bersama-sama pemain lain di ABM minggu ini, sekali gus menimbulkan keraguan tentang penyertaan beliau dalam kejohanan dunia tersebut dan juga Sukan Asia.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Chong Wei pada kejohanan dunia ialah pingat perak yang diraihnya sebanyak tiga kali iaitu pada 2011, 2013 dan 2015 manakala pada edisi 2005 beliau memenangi pingat gangsa.
Bagi Sukan Asia pula, pencapaian terbaik pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga itu ialah pingat perak dalam acara perseorangan lelaki pada edisi 2010 manakala pada temasya 2006 dan 2014 beliau meraih pingat gangsa. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 24 2018

Chong Wei telah dinasihatkan oleh doktornya agar berehat dan menjalani rawatan selepas mengalami masalah berkaitan respiratori. - REUTERS/Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Chong Wei ketepikan dua kejohanan besar kerana masalah kesihatan
Jaguh badminton negara itu telah dinasihatkan oleh doktornya agar berehat dan menjalani rawatan selepas mengalami masalah berkaitan respiratori.