PEMAIN badminton profesional, Liew Daren, terkejut dengan situasi yang menimpa jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang kini mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa menarik diri daripada dua tugasan utama.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung situasi Chong Wei yang tidak menjalani latihan sejak pulang daripada menyertai Kejohanan Terbuka Indonesia, dua minggu lalu.
Dia disahkan mengalami masalah berkaitan penafasan sehingga memaksanya menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China, yang bermula minggu depan selain Sukan Asia Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Ketiadaan Chong Wei secara tidak langsung menyaksikan Daren menjadi wakil tunggal perseorangan negara dalam Kejohanan Dunia nanti.
"Saya memang terkejut dan saya baru mengetahui mengenai masalah kesihatannya semalam (kelmarin). Saya harap dia cepat sembuh.
"Saya pun tidak menyangka dia akan ditimpa masalah kesihatan memandangkan dia seorang yang cukup cergas," kata Daren ketika ditemui dalam majlis memeterai kerjasama di antara Akademi Badminton AirAsia dan platform pesanan sosial, Yippi, di Petaling Jaya, semalam.
Dia yang kini bernaung di bawah akademi berkenaan percaya peluang untuk mara lebih jauh dalam Kejohanan Dunia tetap ada, namun perlu fokus kepada halangan pusingan pertama ketika berdepan pemain Indonesia, Jonatan Christie.
Ini merupakan penyertaan kedua Daren dalam Kejohanan Dunia selepas 2013 ketika dia masih lagi bergelar pemain kebangsaan.
"Pusingan pertama sangat penting, apatah lagi saya tewas di tangannya baru-baru ini.
"Saya perlu melepasi pusingan pertama. Kalau saya dapat melakar kejutan, saya boleh melangkah jauh," katanya.
Astro Arena
Thu Jul 26 2018

Chong Wei disahkan mengalami masalah berkaitan penafasan sehingga memaksanya menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.