Kerajaan Negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada Ahad ini (3 November) sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah di peringkat akhir Piala Malaysia 2019.
"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa.
"Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama negeri Johor," ujar kenyataan rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa itu adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam, JDT melakar kemenangan dengan menundukkan Kedah dengan gol 3-0.
Kemenangan itu menyaksikan sejarah yang berulang, sewaktu kali pertama JDT menjulang Piala Malaysia pada 2017, dengan menewaskan Kedah 2-0.
BACA: JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Astro Awani
Sat Nov 02 2019

Tahniah JDT dan rakyat Johor sekalian! - Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Johor umum cuti esok juarai Piala FA 2022
Kerajaan Johor secara rasmi mengumumkan Ahad (11 Sept) sebagai cuti khas peristiwa, sempena kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA 2022.

Cuti khas peristiwa, sempena kejayaan JDT juarai Piala Malaysia
Cuti Khas Peristiwa itu adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Tiada cuti untuk Perak walaupun skuad TBG berjaya menentang Kedah
Ini kerana, kerajaan telah mengisytiharkan Selasa ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Johor mungkin umum Ahad cuti jika JDT Juara Piala Malaysia
Langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selain menghargai kegigihan pasukan Harimau Selatan dalam usaha merangkul piala berprestij tersebut.