Enam pasukan iaitu dua pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Premier telah diberi lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2020.
Dua pasukan Liga Super adalah Melaka dan PKNS FC, manakala empat pasukan Liga Premier adalah UKM FC, Selangor United, PDRM dan Pulau Pinang.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan berkata, FIB Pelesenan FAM yang bermesyuarat pada Isnin bersetuju memberi lesen kebangsaan, dengan bersyarat kepada pasukan Kelantan dan Sarawak disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.
"Kedua-dua pasukan telah mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jaminan untuk semua perkara yang tertunggak dan akan dipantau untuk memastikan semua jaminan itu dipenuhi. Jika ada yang gagal, lesen kebangsaan mereka boleh dibatalkan," katanya.
Stuart memaklumkan dua pasukan berkenaan serta pasukan UKM FC diberi amaran oleh FIB Pelesenan FAM supaya lebih teliti dan memberi perhatian terhadap tarikh akhir lanjutan yang berakhir pada 30 Okt lalu.
Beliau pada masa sama turut menegaskan walaupun kesemua kelab berkenaan telah menerima lesen kebangsaan berdasarkan penyelesaian daripada sebarang tunggakan sehingga 30 Jun lalu, sebarang tunggakan selepas tarikh berkenaan, perlu diisytiharkan pelan penyelesaiannya kepada FAM selewat-lewatnya pada 15 Dis ini.
Beliau memaklumkan pasukan-pasukan terlibat dikehendaki menyediakan Surat Akuan Berkanun pada 15 Dis ini, untuk mengisytiharkan bahawa jika mereka mempunyai sebarang bayaran tertunggak pada tarikh berkenaan dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.
Ia bertujuan memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2019 yang akan dibawa ke musim 2020, jelas Stuart.
"Sebagai penambahan kepada pengisytiharan itu, Unit Pelesenan Kelab akan menjalankan pemeriksaan ke kelab-kelab tertentu bagi memastikan kelab mengambil prosedur tertentu untuk menyelesaikan bayaran tertunggak dan ia perlu selari dengan apa yang telah mereka isytiharkan," tegas Stuart.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
FIB Pelesenan FAM yang bermesyuarat pada Isnin bersetuju memberi lesen kebangsaan, dengan bersyarat kepada pasukan Kelantan dan Sarawak disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga. - Gambar fail
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.