Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), hari ini, sebulat suara menolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sebagai Presiden persatuan itu.
Jawatankuasa juga memberi tempoh bertenang selama 14 hari untuk memberi peluang Hasnul memikirkan semula keputusannya.
Bagaimanapun, mesyuarat yang dipengerusi Naib Presiden 1 Pafa, Datuk Muhammad Yazan Mohamad menerima peletakan jawatan Timbalan Presiden, Datuk Adly Shah Ahmad Tah yang mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.
BACA: Presiden Pafa umum letak jawatan
BACA: MB Perak kesal Hasnul letak jawatan
“Walaupun baru lima bulan menerajui Pafa, kami melihat Hasnul mempunyai komitmen dan ‘blueprint’ perancangan masa depan persatuan, dia ada ‘wow factor’,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Mesyuarat khas itu antara lain bagi membincangan surat peletakan jawatan Hasnul dan Adly yang diterima hari ini.
Khamis lalu, Hasnul, yang terpalit dengan kontroversi Piala Malaysia mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Pafa.
Beliau memberi alasan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai ahli politik dan Exco kerajaan negeri Perak.
Muhammad Yazan berkata, mereka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secepat mungkin untuk mencari keputusan terbaik demi bola sepak Perak.
Katanya, buat sementara, beliau akan memangku tugas presiden.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 13 2018

Exco Pafa akan adakan pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secepat mungkin untuk mencari keputusan terbaik demi bola sepak negeri. - Astro AWANI/Abd Razak Mohd Ali

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.

ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.

Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.

Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.

Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.

Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.

10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.