TIDAK ada pemain paling gila dalam saingan bolasepak Malaysia ketika ini selain pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika mahu mengambil sepakan percuma semasa Pulau Pinang berdepan Pahang dalam saingan Liga Super pada Selasa (16 Februari 2016) di Stadium Bandaraya.
Secara logiknya, jika kita amati dengan teliti sepakan Faiz yang dilakukan pada minit ke 63, ia mungkin tersasar jauh dari pintu gol Pahang. Tetapi sesuatu yang pelik dan luarbiasa berlaku apabila bola yang sepatutnya tersasar, melencong laju ke arah bertentangan dan kesudahannya - GOL !.
Terlopong mulut bukan saja kita tetapi media antarabangsa !
Bayangkan dalam tempoh beberapa minit ia menjadi 'trending' di media sosial dan beberapa jam selepas itu cerita tentang gol pelik Faiz Subri mula tersebar dalam banyak laporan portal dan media antarabangsa.
Dari Amerika Syarikat, Australia, Ireland, United Kingdom sehinggalah Portugal semuanya menulis tentang gol pemain Pulau Pinang, Faiz Subri.
Kebanyakan daripada media antarabangsa menganggap gol tersebut boleh dianggap gol terbaik dunia dan mampu tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA iaitu anugerah untuk gol yang dianggap terbaik daripada puluhan ribu gol sepanjang tahun.
Dan ia merupakan anugerah yang diberikan dalam majlis sama dengan pengiktirafan pemain terbaik dunia Ballon Dor.
Masihkah anda ingat dengan gol pelik lagenda pemain pertahanan Brazil, Roberto Carlos 19 tahun lalu? Walau beberapa kali beliau melakukan sepakan percuma ajaib tetapi gol ketika Brazil menentang Perancis di Tournoi de France (kejohanan pemanas badan sebelum Piala Dunia 1998) paling diingati sehingga kini.
Apakah gol Roberto Carlos itu terhasil secara kebetulan?
Tujuh tahun selepas gol Roberto Carlos tercatat dalam sejarah bolasepak dunia, sekumpulan saintis mendedahkan bahawa gol yang dihasilkan pemain pertahanan Brazil menerusi sepakan percuma itu bukannya secara kebetulan.
Laporan Daily Mirror UK pada 2010 menyebut bahawa Professors Christophe Clanet and David Quere membuat pendedahan bahawa Roberto Carlos sememangnya sudah merancang untuk melakukan sepakan pelik tersebut. Ianya hanya boleh dilakukan dari jarak yang jauh, sepakan yang 'super' laju dan teknik yang luar biasa. Mereka menggelar sepakan itu sebagai 'spinning ball spiral'.
Tetapi sayang anugerah FIFA Puskas hanya wujud pada 2009, maka gol Roberto Carlos itu tidak menerima apa-apa pengiktirafan dari badan bolasepak dunia itu. Tetapi saya menganggap gol itu sebagai gila, tak masuk akal dan luar biasa!
Dalam tempoh 19 tahun sejak gol terkenal Roberto Carlos itu, ramai pemain di seluruh dunia turut berjaya melakukan gol melencong dari sepakan percuma tetapi ia tidak setanding dengan apa yang dilakukan Roberto sehinggalah muncul gol sensasi Faiz Subri!
Malah portal terkenal dari United Kingdom, Mirror.co.uk turut membuat undian gol siapa paling hebat ? Roberto Carlos atau Faiz Subri selain menulis artikel mengenai keajaiban gol pemain Pulau Pinang ini.
Justeru saya juga menganggap Faiz Subri sebagai gila! dan berharap lebih ramai pemain tempatan menjadi gila seperti Faiz Subri!!!
Inilah jaringan yang dilakukan Faiz Subri.
Astro Arena
Wed Feb 17 2016

Kolumnis Astro ARENA mengulas gol bertuah yang dihasilkan menerusi sepakan percuma oleh Faiz Subri malam tadi.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.

Penang FC bukan 'Liverpool Malaysia'
Raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Apa yang kita perlu tahu mengenai penyambungan semula EPL
Tarikh sambung semula liga sudah dipersetujui, namun adakah ia muktamad?

Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Jurgen Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan.

Kejohanan AFF B-22: Malaysia tewas aksi pembukaan
Skuad negara gagal membuka kempen Kejohanan AFF B-22 dengan nota kemenangan sebaik kecundang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Kemboja.

Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan LRT dan MRT.

Klopp label Ramos "kejam", "brutal"
Jurgen Klopp menyelar pendekatan agresif Sergio Ramos dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dengan membandingkan tindakan kapten Sepanyol itu seperti seorang "ahli gusti yang brutal".

The Reds berkenduri gol, Real Madrid tak cukup selesa
Sadio Mane cipta hatrik membelasah Porto dengan kemenangan 5-0.

Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja
Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalah Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77.

Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.