Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan selepas tamat aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Jawatakuasa Disiplin FAM perlu menghukum pihak bertanggungjawab kerana insiden itu bukan sahaja menjejaskan imej bola sepak negara malah mengancam keselamatan penonton.
"Saya tegaskan di sini merusuh adalah tindakan yang tidak dapat diterima sama sekali dan keputusan pengadil yang tidak memuaskan tidak harus dijadikan sebagai alasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Negeri Selangor di sini, hari ini.
Selain itu, beliau mahu FAM melakukan sesuatu bagi menangani persepsi negatif penyokong terhadap mutu pengadil bola sepak tempatan.
Khairy berkata FAM perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana insiden yang terjadi semalam bukan kali pertama tercetus akibat daripada penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
"FAM perlu memberitahu peminat bola sepak tempatan apakah prosedur-prosedur penilaian terhadap pengadil serta apakah tindakan dikenakan sekiranya terbukti keputusan yang dibuat adalah salah sebagai menangkis persepsi negatif ini," katanya.
Gara-gara gol keempat Terengganu dinafikan pada perlawanan itu, hampir 15,000 penyokong pasukan tuan rumah bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans dan merosakkan beberapa kemudahan lain di dalam dan luar perkarangan stadium itu.
Lebih mengecewakan penyokong apabila penyerang Terengganu Paulo Rangel dilayangkan kad merah manakala Gustavo Fabian Lopez menerima kad kuning kedua kerana dikatakan membantah keputusan pengadil itu.
Walaupun meraih kemenangan 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi, Terengganu gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.
Bernama
Sun May 17 2015

FAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan di Terengganu, kata Khairy.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.