Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertimbangkan pendekatan kuarantin, sama seperti pelaksanaan program Road To Tokyo (RTT), untuk mengadakan kem latihan sebagai persediaan skuad kebangsaan menghadapi dua kejohanan utama, Oktober depan.
Skuad Harimau Malaya perlu mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, manakala skuad bawah 18 tahun (B-18) negara perlu bersedia menghadapi saingan kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan, yang juga kelayakan Piala Dunia B-20 FIFA 2021.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata bagaimanapun sebarang keputusan dan perancangan untuk kedua-dua pasukan kebangsaan itu bergantung kepada kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Susulan sekatan perjalanan dan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, latihan di luar negara juga tidak dapat dijalankan.
"Bagi skuad B-18, kami akan menempatkan mereka di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil. Memandangkan MSN sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk program RTT, kami sedia bekerjasama dengan MSN.
"Bagi skuad senior pula, kami perlu mendapatkan kelulusan dan menyediakan SOP terlebih dahulu sebelum membincangkan masa sesuai untuk mengumpul pemain.
"Seperti yang kita ketahui, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berusaha mendapatkan kebenaran agar pemain kelab (dan negeri) dapat memulakan latihan, asalkan pemain dapat berlatih, kita sudah cukup gembira," katanya pada sidang media maya pada Isnin.
Skuad badminton dan pelayaran negara yang dalam persiapan ke temasya Sukan Olimpik, masing-masing memulakan latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi hari ini, dengan SOP ketat, manakala atlet di bawah program elit yang selebihnya, mendaftar di MSN pada 8 Jun.
Stuart berkata buat masa ini, FAM tidak dapat menetapkan tarikh kem latihan pusat buat skuad kebangsaan kerana belum mendapatkan kepastian berhubung keputusan kerajaan kemungkinan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat pada 9 Jun ini.
Ditanya mengenai kemungkinan pemain enggan melapor diri ke kem latihan berikutan bimbang jangkitan COVID-19, Stuart berkata FAM belum mengadakan perbincangan dengan pemain kerana perkara utama adalah untuk mendapatkan SOP dan kelulusan terlebih dahulu.
"Selepas itu, baharulah kita mengadakan perbincangan dengan pemain, jika mereka enggan menyertai kem latihan, itu adalah pilihan mereka. Pada saya, perbincangan itu adalah antara ketua jurulatih (Tan Cheng Hoe) dan para pemain," katanya.
Mengenai mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Stuart berkata mesyuarat yang dihadiri Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan itu berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
FAM pertimbang pendekatan kuarantin, sama seperti pelaksanaan program Road To Tokyo (RTT), untuk mengadakan kem latihan sebagai persediaan skuad kebangsaan.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.