TIADAsesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kata presidennya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurutnya, semua pemain dan pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan adalah tertakluk kepada peraturan dan sesiapa sahaja sekiranya melakukan kesalahan tetap akan dihukum.
"Undang-undang tetap undang-undang, mudah sahaja...semua orang perlu mematuhinya," katanya ketika mengulas hukuman terhadap jurulatih Pahang, Dollah Salleh, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif FAM, di sini hari ini.
Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman gantung 18 bulan dan denda RM30,000 teerhadap Dollah kerana mengecam urusan pentadbiran hal ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, 1 Julai lepas.
Pahang tewas 2-1 kepada Felda United pada perlawanan itu.
Tunku Ismail berkata hukuman terhadap Dollah membuktikan tidak wujud pilih kasih dalam aspek penguatkuasaan peraturan FAM, malah beliau sendiri pernah digantung enam bulan dan didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 2013.
Tunku Ismail dikenakan hukuman tersebut ketika menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia pada 2013.
Selain itu, katanya, bekas timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pernah digantung dua tahun setengah pada 2012 kerana didapti membuat kenyataan berbau negatif mengenai skuad kebangsaan.
"Jadi tiada orang yang mampu melepasi perundangan. Pada awalnya saya ingatkan struktur FAM sahaja macam ini tetapi apabila saya banyak bertanya dan belajar, saya dapati perkara sama jugak seperti di England," katanya.
"Kita boleh komen mengenai prestasi pengadil tetapi ada beberapa perkara yang kita tidak boleh bercakap...dan apa yang Dollah Salleh katakan adalah 'direct accusation' (dakwaan secara langsung)...seolah-olah pihak atasan mengatur perlawanan," katanya.
Tambah Tengku Ismail, tuduhan Dollah itu seolah-olah menuduh pihak atasan mengatur perlawanan atau menuduh dirinya sendiri (Tengku Ismail) mengatur perlawanan.
"Kalau pihak atasan mengatur perlawanan atau tuduhan terhadap saya mengatur perlawanan JDT dah menang Piala FA Cup. Betul tak? Jadi di mana datangnya idea ada mengatur perlawanan,"katanya.
Bagaimanapun, katanya, Dollah mempunyai tempoh 10 hari bermula semalam untuk mengemukakan rayuan dan ia akan diputuskan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam FAM.
Sementara itu, mengenai mutu pengadilan, Tengku Ismail berkata FAM telah mengambil beberapa langkah termasuk memanggil pakar luar negara untuk memberi pendedahan kepada pengadil tempatan.
"Mutu pengadilan masih lemah lagi dan perlu diperbaiki. Apa sahaja ruang atau peluang yang kita ada untuk perbaiki mutu pengadil kita akan buat," katanya.
Beliau turut menggesa pihak pengurusan pasukan supaya memiliki pengetahun tinggi dalam sukan itu dan bersikap profesional dan bukan hanya menyalahkan pengadil semata-mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017

TUNKU ISMAIL: Hukuman terhadap Dollah membuktikan tidak wujud pilih kasih dalam aspek penguatkuasaan peraturan FAM.
Garis panduan AI: Semak berkala, pastikan relevan
Kerajaan atau pihak berwajib perlu melaksanakan semakan berkala terhadap pelaksanaan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) di sektor awam bagi memastikan ia kekal relevan dan mampu menangani cabaran masa depan.
Memahami proses melihat anak bulan
Bersama Sr Muhammad Daud bin Mahdzur, Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Wilayah Persekutuan dan Timbalan Presiden Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) membincangkan tentang memahami proses melihat anak bulan.
Keuntungan bersih FGV meningkat kepada RM276.25 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd meningkat kepada RM276.25 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM101.62 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Pelan Thailand membenarkan operasi kasino jadi ancaman Filipina
Pelan Thailand untuk membenarkan operasi kasino menjadi ancaman besar kepada Filipina, yang kini merupakan hab perjudian kedua terbesar di Asia dan sedang berusaha mencatat rekod pendapatan baharu pada 2025.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampasan lebih RM2.6 juta
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM2.6 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru.
Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Seorang lelaki yang menetak kepala bapanya dengan parang, diarah Mahkamah Sesyen Kangar untuk dirujuk ke hospital psikiatri selama sebulan.

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan
Gergasi tekstil Indonesia, Sritex akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang