Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu sehingga tamat Piala Dunia 2018 sebelum melaksanakan penggunaan sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ia bertujuan mendapatkan penilaian serta laporan terperinci daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai keberkesanan penggunaan sistem tersebut.
"Setelah berbincang dengan Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) bersama Jawatankuasa Pengadil FAM, kita akan menunggu selepas Piala Dunia 2018 untuk melihat dan mendapatkan maklum balas daripada FIFA serta AFC.
"Sekiranya maklum balas diterima positif dan menyenangkan semua pihak serta dapat menaikkan lagi taraf mutu pengadilan di Malaysia, kita mungkin akan melaksanakannya nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, semalam.
Sebelum ini, FAM merancang memperkenal sistem VAR pada saingan Liga Super 2018 dengan menjadikan aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia 2017 sebagai medan untuk menguji keberkesanan teknologi berkenaan.
VAR adalah satu sistem video bertujuan meningkatkan mutu pengadilan, selain untuk mengurangkan kontroversi berhubung keputusan sesuatu perlawanan dengan membolehkan pengadil melihat dan meneliti semula beberapa insiden di atas padang yang kurang jelas.
Sistem tersebut menumpukan empat perkara; mengesahkan jaringan, menentukan layangan kad merah dan kuning kepada pemain, menentukan pemberian sepakan penalti serta mengelak kesilapan identiti pemain.
Sehingga kini, terdapat beberapa negara sudah mengadaptasikan teknologi berkenaan termasuk Belanda, Jerman, Perancis, Australia dan Qatar, manakala Sepanyol pula dijangka menggunakannya dalam saingan liga tempatan mereka, La Liga bermula musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2017

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu Piala Dunia 2018 berakhir sebelum sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR) dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia. - Foto REUTERS

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.

Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.

Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.

FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.