Kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas di Sukan SEA ke-30 di Filipina adalah hakikat 'pahit' yang harus ditelan.
Namun, kegagalan itu yang disifatkan sebagai 'wake up call' harus diberi perhatian serius oleh semua pihak terlibat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim berkata trend kemerosotan pencapaian atlet sebenarnya sudah dapat dilihat selepas edisi 2007 di Korat, Thailand namun pencapaian dilihat pulih apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017 menyaksikan kontinjen negara muncul juara.
"Saya tidak mahu buat analisa awal sebelum kami buat post mortem secara terperinci. Saya rasa lebih baik kita duduk dan bincang dengan lebih terperinci apa faktor-faktor yang menjurus kepada kita tidak mencapai sasaran kita.
"Tapi hakikatnya ialah sejak Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, prestasi kita memang dalam trend yang menurun. Di Sukan SEA 2007 kita ada 68 emas dengan 216 pingat secara keseluruhannya dan sejak dari itu memang dalam trend menurun.
"Memanglah (nampak meningkat) dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur apabila kita jadi tuan rumah. Jadi, kita lihat ini merupakan satu perkara yang amat serius seperti satu wake up call kepada semua pihak," katanya pada satu temu bual khas dalam rancangan Warna Sukan SEA di Bernama.
Pada edisi 2007, Malaysia meraih 68 pingat emas; edisi 2009 di Laos (40 emas), 2011 di Jakarta-Palembang (59 emas), 2013 di Myanmar (43 emas), 2015 di Singapura (62 emas) dan 2017 di Kuala Lumpur (145 emas).
BACA: Malaysia gagal penuhi sasaran 70 emas dan kedudukan empat terbaik
Dalam pada itu Steven berkata misi ke temasya dwitahunan yang melabuhkan tirai semalam itu adalah misi bersama yang membabitkan banyak pihak dan tidak wajar untuk menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.
"Misi ke Sukan SEA merupakan misi bersama semua pihak sama ada MSN, KBS , persatuan sukan, atlet, pegawai dan jurulatih, jadi kalah dan menang kita galas tanggungjwab itu bersama-sama. Tidak guna kita tuding jari pada sesiapa pun.
"Kita perlu lihat ke depan, bagaimana kita dapat merapatkan jurang yang kita sudah nampak menurun sejak 2007 lagi dari segi prestasi kita di Sukan SEA dan bagaimana kita hendak bangkit dalam sektor ini," katanya.
Ditanya kemungkinan faktor tuan rumah turut menjadi punca kegagalan kontinjen negara, Steven berkata tidak wajar juga untuk meletakkan sepenuhnya kegagalan kontinjen negara berpunca daripada hos walaupun jelas ada kelemahan khususnya berkaitan sistem pengadilan.
"Di pihak tuan rumah, sudah tentu ada kelemahan. Kalau kita sekadar untuk menyalahkan tuan rumah untuk kegagalan kita mencapai sasaran, saya rasa kita tidak akan dapat memperbaiki diri kita.
"Saya rasa lebih baik ketika ini, kita fokus kepada kekurangan dalam diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memperbaiki kekurangan itu," katanya.
Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa, di belakang Indonesia yang meraih 73 emas, 84 perak dan 110 gangsa.
Tuan rumah Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 emas, 118 perak dan 119 gangsa, diikuti Vietnam di tempat kedua dengan 98 emas manakala Thailand di tempat ketiga dengan 92 emas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Steven Sim berkata trend kemerosotan pencapaian atlet sebenarnya sudah dapat dilihat selepas edisi 2007 di Korat, Thailand namun pencapaian dilihat pulih apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017. - BERNAMA
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.