SKUAD gimnastik wanita negara menuai satu lagi pingat emas temasya KL2017 menerusi Farah Ann Abdul Hadi selepas cemerlang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.
Farah Ann mengungguli disiplin senaman lantai dengan mengumpul 13.450 mata, sekaligus mengulangi pencapaian dua tahun lalu, apabila mengatasi saingan gimnas Filipina, Kaitlin De Guzman, yang meraih 13.025 mata manakala gangsa milik Rifda Irfanaluthfi dari Indonesia.
"Saya hanya memikirkan untuk melakukan yang terbaik dan sokongan yang hadir telah membantu saya untuk meraih emas.
"Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada rakyat Malaysia," kata Farah Ann.
Tan Ing Yueh, yang menduduki tangga keempat senaman lantai, mengulangi pencapaian meraih perak, dua tahun lalu, dengan persembahan agak cemerlang dalam disiplin batang titian.
Ing Yueh, yang awalnya diumumkan memenangi emas, kemudian diberikan pingat perak di belakang Rifda selepas semakan semula manakala Kaitlin dikalungkan gangsa.
"Saya berpuas hati dengan persembahan kali ini. Pencapaian meraih satu emas dan satu perak sudah memadai dengan persiapan yang saya lakukan," kata Ing Yueh.
Difahamkan, keputusan menarik balik emas daripada Ing Yueh dan sebaliknya dihadiahkan kepada Rifda diputuskan juri selepas tuntutan dibuat kem Indonesia dengan wang pertaruhan AS$200 (RM856).
Juri kesudahannya memutuskan Rifda mendapat 13.125 mata (daripada 13.025 sebelumnya) manakala Ing Yueh kekal dengan13.100 mata.
Namun, atas semangat kesukanan, kem Malaysia menerima keputusan itu tanpa bantahan.
"Wakil daripada Indonesia telah melakukan protes dengan membayar sebanyak AS$200 untuk meminta juri melakukan pengiraan semula dan Tan Ing Yueh terpaksa akur di tempat kedua.
"Penelitian hakim adalah lebih penting kerana mereka lebih arif dari segi pengiraan markah.
"Kami telah meletakkan sasaran untuk meraih empat emas tetapi kami melebihi sasaran awal dengan mengutip lima emas," kata pengurus pasukan gimnastik negara, Azmi Hassan.
Astro Arena
Wed Aug 23 2017
Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada rakyat Malaysia, kata Farah Ann. - Foto Astro ARENA
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.