Pasukan Asia mendahului pasukan Eropah 3.5-2.5 pada hari pertama kejohanan golf EurAsia Cup di Kelab Golf dan Country Glenmarie, Shah Alam dalam perlawanan fourballs hari ini.
Ini merupakan kali pertama pasukan Asia mendahului pasukan Eropah sejak pertama kali dianjurkan pada 2014.
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai menyaksikan gandingan Yuga Ikeda dan pemain nombor satu Asia negara, Gavin Green mengatasi Thomas Pieters dan Matthew Fitzpatrick dengan keputusan 2&1.
Selain itu, kejutan berlaku apabila gandingan Asia, Sunghoon Kang dan Poom Saksansin mengatasi Henrik Stenson dan Alexa Levy dengan keputusan 5&4.
Seorang lagi pemain negara, Nicholas Fung yang berganding dengan Haotong Li dari China pula mengutip separuh mata menentang Bernd Wiesberger dan Rafa Cabrera Bello.
Perlawanan lain menyaksikan Tony Fleetwood & Paul Casey (Eropah) menang 4&3 ke atas Byeong Hun An & Kiradech Aphibarnrat, Alex Noren & Paul Dunne (Eropah) 2 up ke atas Hideo Tanihara & Phachara Khongwatmai dan Ross Fisher & Tyrrell Hatton menang 5&4 ke atas Anirban Lahiri & SSP Chawrasia.
Chawrasia antara pemain yang tidak menyerlah untuk pasukan Asia hari ni apabila bergelut dengan pukulan-pukulannya.
Dia berjanji untuk membaiki prestasi pada hari kedua esok dalam persaingan foursome dengan membuat latihan pukulan di lapang sasar petang ini.
Nicholas Fung pula membuat beberapa birdie dan gembira apabila putt terakhirnya dapat mengikat keputusan menentang Wiesberger dan Cabrera Bello.
Kejohanan diteruskan esok dengan persaingan foursome.
EurAsia Cup merupakan kejohanan golf yang menyaksikan pertarungan antara pasukan Eropah dan Asia.
Memasuki edisi ketiga selepas kali pertama diadakan pada 2014, ia merupakan versi kejohanan yang menyerupai Piala Ryder antara Amerika dan Eropah.
24 mata menjadi rebutan dan pasukan pertama yang berjaya mengumpul 12.5 mata terus bergelar juara keseluruhan.
Eropah turun selaku juara bertahan selepas memenangi edisi 2016 sementara edisi pertama pada 2014 menyaksikan kejuaraan dikongsi Eropah dan Asia selepas keputusan berakhir dengan seri.
Ian Johan Ariff
Fri Jan 12 2018

Pemain negara, Gavin Green beraksi cemerlang untuk membantu pasukan Asia mendahului hari pertama kejohanan EurAsia 2018.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Golf EurAsia Cup 2018: Pasukan Asia mendahului pada hari pertama
Eropah 3.5-2.5 pada hari pertama kejohanan golf EurAsia Cup di Kelab Golf dan Country Glenmarie.