Setiap perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 amat penting buat Malaysia, dalam merealisasikan impian beraksi pada kejohanan bola sepak berprestij yang lebih tinggi.
Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia, tetapi kali terakhir Malaysia membuat penampilan di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.
Jika diamati sudah hampir 30 tahun skuad Harimau Malaya gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait, setelah kandas di pusingan kelayakan.
Untuk menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023, Malaysia yang mendapat laluan agak mudah dalam kempen kelayakan kali ini, perlu sekurang-kurangnya muncul antara empat pasukan naib juara terbaik atau terpaksa memilih laluan lebih berliku dengan beraksi pada peringkat 'playoff'.
Pusingan kelayakan kali ini dilihat memihak kepada Malaysia, apabila diundi bersama tiga negara ASEAN - Vietnam, Thailand dan Indonesia - selain satu daripada gergasi Asia yang menghuni ranking ke-66 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan G.
Menghimpunkan barisan pemain terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), skuad kebangsaan kendalian Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe seharusnya tampil lebih yakin dan memanfaatkan setiap aksi, untuk membawa pulang mata bagi terus menghidupkan peluang dalam saingan berkenaan.
Selepas dua perlawanan, Malaysia yang menundukkan Indonesia 3-2 di Jakarta sebelum tewas 1-2 kepada UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya kini berdepan tugasan getir menentang pasukan di ranking ke-99 dunia, Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Khamis ini.
Meskipun saingan kumpulan masih panjang, Cheng Hoe dan barisan anak buahnya tidak perlu menunggu sehingga saat akhir, untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Hanya kemenangan demi kemenangan akan memberi kejayaan kepada Malaysia dan usaha meraih tiga mata itu harus digandakan, bermula pada pertemuan menentang skuad Naga Emas kendalian ketua jurulatih Park Hang Seo.
Biarpun statistik tidak memihak skuad negara yang tewas tujuh kali, seri dua dan hanya meraih kemenangan sekali dalam 10 pertemuan terdahulu, namun peningkatan prestasi ditonjolkan pemain negara sehingga hampir mengejutkan UAE amat menakjubkan.
Dua kekalahan dialami skuad kebangsaan kepada Vietnam pada kempen Kejuaraan AFF 2018, termasuk tewas 0-1 di pentas final kedua, harus dijadikan sebagai motivasi serta pembakar semangat pemain.
Kemenangan di Hanoi, Khamis ini juga dapat menebus kekecewaan dinafikan daripada dinobat sebagai juara pada edisi 2018 itu, sekali gus meraih kemenangan pertama di gelanggang lawan, yang kali terakhir dicatat pada aksi separuh akhir kedua Kejuaraan AFF 2014 dengan kemenangan 4-2.
Bernama difahamkan lebih 1,000 penyokong negara termasuk pemain ke-12, Ultras Malaya akan berada di belakang skuad kebangsaan pada aksi tersebut, dan pengorbanan itu harus dijadikan sebagai keazaman untuk melakar kejayaan cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 08 2019
Tan Cheng Hoe bersama Skuad Harimau Malaya di KLIA sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam, 7 Okt lalu, bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam Khamis ini. --fotoBERNAMA
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Thailand sokong visi "Keterangkuman dan Kemampanan" ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Luar Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi ASEAN 2025 yang digalas Malaysia, menekankan ia sebagai tahun penting dalam proses pembinaan komuniti ASEAN.