Peluang Malaysia memburu slot ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2019 semakin kabur setelah tewas 0-2 kepada Hong Kong pada aksi ketiga pusingan kelayakan kumpulan B di Stadium Hong Kong, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan kutipan satu mata setelah beraksi tiga perlawanan setakat ini.
Pada aksi berkenaan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen swasta, pasukan tuan rumah yang diperkuatkan dengan sebahagian besar pemain naturalisasi, banyak menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu skuad kebangsaan.
Keadaan menjadi parah untuk skuad kebangsaan selepas kapten pasukan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil, Nivon Robesh Gamini dari Sri Lanka kerana dikatakan memijak kaki pemain tuan rumah pada minit ke-39.
Ketiadaan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-43 menerusi tandukan pemain naturalisasi dari Sepanyol, Jordi Tarres Paramo, hasil sepakan percuma diambil Wong Wai dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.
Kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum oleh pemain naturalisasi dari England, Jaimes Anthony McKee yang menanduk masuk hantaran silang daripada Xu Deshuai pada minit ke-48 dan keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Bercakap selepas perlawanan itu, ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Nelo Vingada berkata beliau menerima kekalahan itu dan menyatakan beliau terpaksa bergantung kepada serangan balas untuk menembusi kubu Hong Kong ekoran tiga penyerang yang sepatutnya bermain dalam perlawanan malam ini mengalami kecederaan.
"Hanya Mohd Safawi Rasid saja yang ada dan suka atau tidak, saya terpaksa meletakkannya bermain di barisan hadapan sungguhpun dia bukanlah penyerang jati dan saya percaya jika seorang lagi penyerang, Ahmad Hazwan Bakri berkeadaan cergas, saya pasti keputusan akan berbeza.
"Saya juga tidak mahu menyalahkan Safiq kerana menerima kad merah dan saya terima keputusan pengadil sungguhpun Safiq mendakwa dia tidak sengaja memijak kaki lawan," kata Vingada.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan kutipan satu mata setelah beraksi tiga perlawanan setakat ini. - Gambar hiasan

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.