Sejarah skuad bola sepak bawah 22 tahun negara diaibkan oleh Kemboja dangan keputusan jaringan 1-3, yang sekaligus menyingkirkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dari saingan separuh akhir Sukan SEA ke-30; menyuramkan kem negara pada hari keempat temasya dwitahunan itu.
Kegagalan skuad negara itu membawa pelbagai persoalanan mengenai tahap persiapan skuad dan percaturan taktikal yang dianggap memberi kesan buruk pada kempen kali ini.
Kim Swee tetap mempertahankan formasi 3-4-3 yang diguna pakai sepanjang pusingan awal saingan, namun apa yang jelas ialah ia hanya mampu memperagakan aksi hambar dalam misi hidup mati skuad negara semasa memburu slot separuh akhir bagi merebut ibu segala pingat temasya itu.
BACA: Sukan SEA: Skuad B-22 pulang awal, selepas tewas 3-1 menentang Kemboja
BACA: Taktikal bukan punca kegagalan - Kim Swee
Namun sumbangan dua emas daripada sukan gimnastik artistik dan satu emas daripada sukan boling padang, sedikit sebanyak mengubat persembahan hambar yang ditampilkan kontinjen Malaysia pada Rabu.
Tambahan tiga pingat emas selain enam perak dan sembilan gangsa yang diraih kontinjen Malaysia pada Rabu, jelas tidak mengubah kedudukan di tangga ketiga keseluruhan menerusi kutipan 21 emas, 12 perak dan 23 gangsa.
Selain tiga emas berkenaan, Malaysia turut meraih perak dalam tiga acara sukan berhalangan, selain masing-masing, satu perak dalam acara lawan pedang (foil individu lelaki) acara renang (400m gaya bebas lelaki), dan muay thai.
BACA: Welson Sim raih tempat kedua 400 meter gaya bebas
Lapan pingat gangsa Malaysia hadir menerusi satu acara boling padang (triples wanita), tenpin boling (berpasangan lelaki dan wanita), menembak (1,500 PPC individu dan berpasukan wanita), angkat berat (wanita 71kg dan lelaki 73kg), serta acara renang (4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki).
Tuan rumah, Filipina terus mengungguli carta kutipan pingat menerusi kutipan 56 emas, 41 perak dan 25 gangsa, manakala Vietnam kekal menghuni tangga kedua dengan kutipan 27 emas, 32 perak dan 36 gangsa.
Kilauan emas pertama Malaysia hadir dalam acara boling padang fours lelaki menerusi gandingan pemain veteran Fairul Izwan Abdul Muin bersama tiga pemain lain -- Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry dan Zulhilmie Redzuan yang melakar kemenangan selesa 24-6 ke atas Brunei pada aksi final di CDC Lot of Friendship Gate.
Gimnas wanita kebangsaan, Tracie Ang terus menceriakan kem negara setelah mengungguli acara titian imbangan menerusi kutipan12.867 mata, sebelum ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menyumbang emas ketiga selepas memenangi acara senaman lantai dengan mengumpul 12.600 mata.
Lebih manis, ia merupakan emas ketiga berturut-turut yang dilakar atlet kelahiran Selangor itu yang sebelum ini mengungguli acara individu all-round dan palang bertingkat sebelum ini.
Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari keempat, hari ini dalam beberapa acara, antaranya termasuk pelayaran, tenpin boling, dan pentathlon, berbasikal dan menembak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019

Reaksi pemain Malaysia selepas tewas 3-1 kepada Kemboja pada acara bola sepak lelaki perlawanan peringkat kumpulan di Rizal Memorial Stadium di Manila, 4 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.