Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kononnya jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dapat menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya yang mungkin menjadi salah satu punca kekalahan Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018, yang bakal berlangsung di Hanoi malam Sabtu.

Namun dakwaan itu disangkal wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang sedang membuat laporan di Hanoi.

Menurut Zulhelmi, lokasi penginapan Hang-seo berada sebenarnhya di lokasi yang berbeza dan bukan di lokasi pusat latihan mana-mana pasukan negara termasuk Harimau Malaya.

Bercakap kepada Astro AWANI, Zulhelmi berrkata, padang latihan skuad negara terletak di My Dinh, bersebelahan dengan Stadium Nasional My Dinh.


Sebelum ini pengguna media sosial, @FarisSyahmiAR berkongsi sebuah laporan yang kononnya Hang-seo dapat menyaksikan latihan pasukan lawan dari rumahnya.


Ternyata apa yang dikongsi tersebut adalah tidak benar sama sekali dan latihan skuad negara tidak diperhatikan atau diintip oleh mana-mana pihak, terutama sekali pasukan tuan rumah.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam final kedua di Hanoi pada Sabtu, 8:30 malam.