Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi dan memberi peluang kepadanya dan pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Majid berbincang untuk menyelesaikan kemelut pemilihan pemimpin badan induk sukan itu.
Beliau mengakui akan bertemu Mohamad Al Amin hari ini untuk menyelesaikan isu tersebut yang menjadi tumpuan selepas masing-masing belum menunjukkan tanda mahu berkompromi dalam perebutan jawatan tertinggi itu di Mesyuarat Agung Tahunan BAM pada 29 April ini.
Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata hasil pertemuan tersebut akan dibincangkan dengan anggota Exco BAM terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada media.
"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, berilah kesempatan kepada saya dan Tan Sri (Mohamed Al Amin) untuk berbincang dalam suasana yang baik tanpa ada syak wasangka.
"Pertemuan hari ini adalah perbincangan untuk mencari penyelesaian yang terbaik terhadap kemelut kepimpinan BAM ini. Namun keputusan perbincangan itu mungkin mengambil sedikit masa sebelum didedahkan," katanya.
Mohamad Norza berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif Kelab Badminton Petaling Jaya di Wisma OCM di sini hari ini.
Beliau mendedahkan akan menemui Mohamed Al Amin secara tertutup di sebuah lokasi di Petaling Jaya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Presiden BAM Tan Sri Elyas Omas yang membidas kewujudan ''gentlemen''s agreement'', Mohamad Norza berpendapat tradisi pemilihan pucuk pimpinan BAM harus diteruskan yang mana peralihan kuasa itu berlaku secara sebulat suara dan tidak melibatkan sebarang pertandingan.
Semalam, Elyas (Presiden BAM dari 1985-1993) menyifatkan perjanjian itu sebagai ''pengecut dan tidak demokratik'' kerana beliau sendiri bertanding dua kali menentang Tan Sri Mohd Khir Johari dalam dua penggal yang dipegang.
Katanya, Mohamed Al-Amin serta Mohamad Norza telah menyatakan pendirian untuk menggantikan Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan tiada siapa termasuk Majlis BAM mempunyai hak untuk menghalang kedua-duanya bertanding mengisi jawatan utama badan induk itu.
Elyas juga menyarankan sekiranya Mohamed Al Amin dan Mohamad Norza bersungguh-sungguh mahu menjadi presiden baharu BAM, persatuan itu harus memberi hak kepada ahli gabungan untuk membuat pilihan mereka.
Sebagai rekod, tradisi pemilihan tanpa pertandingan di BAM hanya diamalkan selepas Elyas ''diketepikan'' dan digantikan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan pada 1993 diikuti Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh pada 2000 dan Tengku Mahaleel pada 2013. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Mohamad Norza (gambar) berkata beliau akan menemui Mohamed Al Amin secara tertutup di sebuah lokasi di Petaling Jaya. --fotoBERNAMA
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.
BAM sedia bantu Xi Quan dengan rawatan pemulihan
Persatuan Badminton Malaysia sedia tawar Ng Qi Xuan jalani rawatan pemulihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) susulan kecederaan lutut.
Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM
Jacky menghargai barisan kejurulatihan dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi sepanjang bersama BAM sejak 2015.
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.