Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung masa depan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dilaporkan berhasrat menggantung raket sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau menegaskan sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan perkara berkenaan memandangkan Chong Wei sendiri masih membisu mengenai masa depannya setelah sembuh daripada kanser hidung yang dihidapinya pada tahun lepas.
"Kita tunggu dahulu keputusan dari beliau dan berikan beliau ruang yang secukupnya untuk membuat keputusan kerana beliau sudah banyak menyumbang untuk negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan sebelum menyambut ketibaan skuad memanah para negara dari Belanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Turut hadir menyambut skuad berkenaan adalah Timbalannya, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Chong Wei dijangka akan mengumumkan persaraannya minggu depan selepas 19 tahun mencurah bakti dalam sukan badminton.
Dalam perkembangan berasingan, Syed Saddiq berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk mengisi jawatan Pesuruhjaya Sukan, namun menegaskan setiap permohonan berkenaan akan ditapis bagi memastikan hanya calon yang layak sahaja mengisi jawatan berkenaan.
Kerusi Pesuruhjaya Sukan kosong setelah penyandangnya, Datuk Zaiton Othman menamatkan khidmatnya pada 8 Mac lepas selepas memegang jawatan itu sejak 1 Februari 2015.
"Sekarang kita sudah buka permohonan dan kita akan melalui wawancara yang telus, sebelum nama calon sesuai dimuktamadkan.
"Paling penting, kita mendapat calon yang sesuai kerana kita tidak mahu main lantik sahaja ikut kuasa menteri," jelas Syed Saddiq.
Sementara itu, beliau menyokong keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini yang mencapai persetujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis bagi menangani kemelut yang melanda persatuan sukan kebangsaan.
Beliau menegaskan penubuhan jawatankusa berkenaan tidak bercanggah dengan fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan memandangkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam membantu persatuan sukan kebangsaan memberi idea dalam menyelesaikan kemelut persatuan sukan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Syed Saddiq berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk mengisi jawatan Pesuruhjaya Sukan, namun setiap permohonan akan ditapis bagi memastikan hanya calon yang layak sahaja mengisi jawatan berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Aaron-Khai Xing muncul juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah.
Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka tahun ini selepas mara ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.