Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun hari ini, selepas kehilangan beberapa tonggak utama berikutan pelbagai faktor.
Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gifu Green, skuad 'Speedy Tigers' ketinggalan 0-5 apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit kelima, 15, 22, 37 dan 43.
Gol tunggal pasukan kebangsaan hadir pada minit ke-55 apabila pemain tengah, Norhizzat Sumantri menjaringkan gol padang bagi mengurangkan defisit tersebut.
Mengulas kekalahan kepada pasukan di ranking ke-16 dunia itu, ketua jurulatih Stephen Van Huizen mengakui prestasi anak buahnya di bawah kemampuan sebenar, namun ia memberi peluang baginya mencuba pemain baharu selepas kehilangan beberapa pemain utama.
"Kita beraksi tanpa beberapa pemain, yang mana mereka memainkan peranan utama dalam pasukan. Oleh itu, secara keseluruhan pasukan kita kurang stabil.
"Kita juga mencuba banyak pemain di posisi yang berlainan, hanya untuk melihat semua pilihan. Kami jauh lebih baik di separuh masa kedua, walaupun bermain daripada kemampuan sebenar kita.
"Kita akan membuat kajian malam ini untuk membetulkan kesilapan, dan akan menampilkan prestasi lebih baik pada perlawanan akan datang," kata Stephen seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Malaysia, yang berada di ranking ke-13 dunia menyertai Jelajah Jepun itu tanpa ketua pasukan Razie Rahim dan penolong ketua pasukan, Nabil Fiqri (kedua-dua pemain menjalani latihan polis), pemain tengah Fitri Saari dan pemain pertahanan Faiz Helmi Jali (menghadapi peperiksaan), penyerang Shahril Saabah (komitmen keluarga) dan penjaga gol S.Kumar (mengalami kecederaan).
Kedua-dua pasukan akan beraksi pada perlawanan persahabatan kedua esok di gelanggang yang sama, di mana secara keseluruhan empat perlawanan persahabatan serta dua perlawanan ujian akan diadakan sepanjang 10 hari jelajah berkenaan.
Bernama
Wed Jun 08 2016

Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun hari ini. - Gambar hiasan

Ibu tiga anak maut akibat kebakaran rumah diklasifikasi sebagai kes bunuh
Kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.
[TERKINI] Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor agensi berita Filipina (PNA).

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Malaysia belasah Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan hoki Sukan Asia
Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, semalam.

Hoki: Malaysia kalah teruk kepada Jepun
Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun.