Impian untuk melihat skuad hoki lelaki beraksi di pentas Sukan Olimpik terpaksa ditangguhkan sehingga edisi 2024 apabila gagal menempah slot ke edisi 2020 di Tokyo setelah dikecewakan oleh Great Britain pada kelayakan akhir aksi play-off di London, pada Ahad.
Walaupun barisan pemain dan jurulatih skuad 'The Malaysian Tigers' telah memberikan yang terbaik, ia tidak cukup untuk mengatasi juara tiga kali itu apabila tewas dengan agregat 9-3 pada perlawanan timbal balik pada Sabtu dan Ahad.
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia, dan kini gagal untuk meraih kelayakan ke pentas itu buat kali kelima berturut-turut selepas RM1.7 juta dibelanjakan dalam tempoh setahun ini.
Berikutan itu, persoalan utama yang wujud dalam kalangan peminat sukan hoki, termasuk bekas kapten negara (1998-2002), Datuk Mirnawan Nawawi ialah, sampai bila Malaysia nak gagal?
Mirnawan, yang pernah mewakili Malaysia ke tiga Sukan Olimpik, berkata seluruh sistem dan semua pemegang taruh, termasuk Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), ahli gabungan dan sekolah sukan harus bertanggungjawab di atas kegagalan itu tanpa hanya menuding jari terhadap satu pihak sahaja.
"Kita harus akui bahawa kita sudah gagal ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, tak guna kalau kita sedih dan menangis. Kita harus fikir tentang masa depan dengan merancang bagaimana kita nak layak ke Piala Dunia dan Olimpik seterusnya.
"Semua pihak termasuk KHM, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus berbincang dan merancang bagaimana kita nak membangunkan hoki. Mereka harus merancang mekanisme yang bakal digunakan supaya sukan ini terus diangkat ke tahap seterusnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Beliau berkata pihak sekolah sukan juga harus bertanggungjawab kerana khilaf dalam menyalurkan pemain lebih berkualiti dalam pasukan kebangsaan, selain meminta Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula keputusan membenarkan pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
"Apabila SSN dibenarkan beraksi di MSSM, sudah pasti mereka akan menang mudah dan ia mematahkan semangat murid dan guru dari sekolah biasa yang mungkin mempunyai bakat yang boleh diketengahkan.
"SSN sepatutnya bermain di kejohanan khas untuk mereka, di mana bakat pelajar dan guru (jurulatih) yang menunjukkan prestasi baik di MSSM harus digilap,"katanya.
Bekas pemain antarabangsa dari 1989 hingga 2002 itu berkata sekolah sukan perlu ada penilaian dan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan kualiti pelajar yang menunjukkan pencapaian perlu dikekalkan kerana ia melibatkan pembiayaan kerajaan.
"Pelajar yang gagal menunjukkan peningkatan perlu diganti dan SSN harus melahirkan produk yang lebih berkualiti," katanya.
Ditanya mengenai beberapa pemain senior yang dikatakan berhasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa berikutan kegagalan tersebut, beliau berkata keputusan itu harus diambil oleh pemain sendiri dan tiada pihak yang berhak memaksa mereka.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 1998 itu, berkata umur bukan menjadi kayu pengukur bagi menentukan masa seseorang pemain untuk bersara, tetapi kemampuan beraksi dan semangat juang yang menjadi faktor utama.
Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke Tokyo sebagai juara benua apabila tewas 1-3 kepada Jepun dalam penentuan pukulan penalti pada final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Skuad negara tidak dapat menerima kekalahan itu selepas mendahului 5-2 sehingga 10 minit terakhir perlawanan sebelum Jepun bangkit untuk mengikat kedudukan 6-6 pada masa penuh tamat perlawanan.
Susulan kekecewaan itu, KHM mengambil langkah drastik dengan membawa masuk jurulatih berpengalaman dari Belanda, Roelant Oltmans, yang membantu skuad wanita negara itu merangkul Piala Dunia 1990 serta skuad lelaki merangkul gelaran juara Olimpik 1996 dan Piala Dunia 1998.
KHM juga mendapatkan khidmat pakar seperti Taeke Taekema (pukulan sudut), Michael McCann (penyerang) dan Martin Drijver (penjaga gol) untuk memantapkan skuad negara menjelang aksi kelayakan itu.
Sementara itu, dua pemimpin tertinggi KHM, presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal dan timbalan presiden Datuk Dr S. Shamala, pernah mengumumkan akan melepaskan jawatan mereka sekiranya Malaysia gagal ke Sukan Olimpik 2020, sebelum membuat pusingan U baru-baru ini.
Persoalannya, sama ada wajarkah Subahan dan Shamala kekal menerajui KHM? Biar ahli gabungan yang menentukan pada pemilihan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) KHM, 16 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.