Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan imbuhan tambahan RM200,000 bagi setiap pemenang pingat perak dan gangsa dalam temasya Olimpik Rio 2016 yang baru tamat.
Katanya, ia atas penghargaan kepada sumbangan para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan paling berprestij itu.
"Walaupun kilauan emas hampir kita gapai, ini merupakan pencapaian terbaik negara dalam sukan Olimpik.
LAPOR LANGSUNG: Sambutan meraikan kepulangan atlet Olimpik negara
"Saya percaya Olimpik akan datang emas pasti menjadi milik kita," katanya semasa menyampaikan amanat dalam majlis sambutan kepulangan kontinjen negara di Kompleks Bunga Raya hari ini.
Untuk itu kata Perdana Menteri, beliau akan bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pihak berkaitan untuk memastikan impian emas di Tokyo pada 2020 nanti akan tercapai.
Pada majlis itu, hampir kesemua atlet dan juga pegawai, kontinjen Malaysia yang terlibat dalam Sukan Olimpik Rio 2016 tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, pada kira-kira 2:30 petang Khamis.
Ketibaan mereka melalui penerbangan Emirates EK408 dari United Kingdom juga disambut keluarga, rakan-rakan dan peminat.
Kontinjen Malaysia yang membawa pulang lima pingat kali ini merupakan kejayaan yang amat memberangsangkan berbanding dua pingat di Olimpik London 2012.
Israr Khalid, Dania Zainuddin
Wed Aug 24 2016
PM NAJIB: "Saya percaya Olimpik akan datang emas pasti menjadi milik kita." - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Premier Sarawak umum insentif RM500,000 kepada Bonnie Bunyau
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata atlet powerlifting itu telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak dalam arena sukan antarabangsa.
Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak
Zamakhshari Muhamad berkata jumlah sasaran itu melibatkan 20 pingat emas, 10 perak dan 26 gangsa.
Kastam beri imbuhan kepada orang awam salur maklumat
JKDM menyediakan imbuhan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah termasuk aktiviti sindiket pengedaran dadah.
Bincang bentuk imbuhan, skuad Harimau Malaya atau FAM yang lebih layak - PM
Perbincangan itu juga akan menentukan pihak yang lebih layak untuk menerima imbuhan sama ada FAM atau diberikan terus kepada pemain skuad Harimau Malaya.
Kerajaan Melaka serah insentif RM53,000 kepada Aaron Chia
Pemberian imbuhan itu diharap dapat menaikkan semangat semua atlet kelahiran Melaka untuk meraih kecemerlangan di peringkat sukan antarabangsa.
Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.
#NoToLanun: Cetak rompak jejas kualiti karya tempatan - Aziz M Osman
Perbuatan cetak rompak akan menjejaskan prestasi sesuatu produksi untuk menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti.
Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memberi imbuhan kepada pemberi maklumat kes kecurian elektrik dan usikan pepasangan meter dalam usaha mengekang jenayah itu daripada terus berleluasa.
Ini nasihat Sultan Perak kepada mereka yang punya kuasa
Titah Sultan Nazrin, sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa.
Sokongan moral untuk barisan hadapan bukan sekadar dalam bentuk perkataan
Tanpa semangat dan sokongan moral dari semua pihak, tidak mustahil semangat mereka juga akan luntur.