Skuad negara diingatkan agar tidak menganggap pasukan Thailand terlalu kuat sehingga mempengaruhi aksi mereka dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata meskipun skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tugas berat bertemu pasukan terkuat di Asia Tenggara itu, pemain negara boleh mengatasi segala rintangan jika kekal fokus dalam perlawanan tersebut.
Beliau juga menasihatkan pemain agar sentiasa berwaspada dengan ancaman penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn kerana kelincahan pemain tersebut mampu menghukum benteng pertahanan negara.
"Thailand memiliki pemain dan liga (tempatan) berkualiti, tetapi jika pemain kita dapat menunjukkan karakter sebenar di atas padang, kita mampu memberi persembahan terbaik.
"Kita tidak boleh menganggap Thailand terlalu kuat dan saya yakin pemain boleh mengatasi segala rintangan dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Padang A Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, pada Isnin.
Perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, manakala aksi timbal balik di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember depan.
Cheng Hoe turut meminta pemain negara mempamerkan aksi lebih agresif dan memberi tumpuan dalam menghasilkan gol pada perlawanan tersebut.
Mengakui skuad kebangsaan dianggap 'underdog' dalam aksi berkenaan, Cheng Hoe berkata berdasarkan aksi di peringkat kumpulan membuktikan pasukan kendaliannya mampu beraksi dengan baik sehingga layak ke separuh akhir.
Beliau juga berkata kesemua pemain kini berada dalam keadaan baik dan tidak dibelenggu sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018

Cheng Hoe meminta pemain negara mempamerkan aksi lebih agresif dan memberi tumpuan dalam menghasilkan gol pada perlawanan tersebut. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jangan anggap Thailand terlalu kuat hingga jejas aksi - Cheng Hoe
Meskipun skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tugas berat, pemain negara boleh mengatasi segala rintangan jika kekal fokus.