Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian berikutan ada pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk pada kejohanan bola sepak antarabangsa.
"Ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.
"Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang, sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal daripada pasukan lain," kata baginda.
Tunku Ismail bertitah demikian dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, pada Rabu.
Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan, beraksi pada perlawanan menentang Palestin yang menyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.
Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.
Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Putera Nadher Amarhan yang mengalami kecederaan.
Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6.
Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 3 Sept dan Arab Saudi 8 Sept.
Bernama
Thu Jun 18 2015

TUNKU ISMAIL: Ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

ACLE: Pohang Steelers tidak gentar 'lautan merah-biru' banjiri SSI
Arkitek Pohang, Han Chan-hee, menjelaskan rakan sepasukannya dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi berhadapan kegamatannya lebih daripada 30,000 penyokong JDT esok.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.