Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan penguasaan di persada liga setelah mencatat kemenangan ke-12 dari 16 perlawanan dengan menewaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Bahru, malam ini.
Penyerang berbisa, Mohammad Ghaddar muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menyumbat dua gol pada minit ke-11 dan 15 sebelum Muhd Safawi Rasid menjaringkan gol ketiga pada minit ke- 77 untuk JDT membawa pulang tiga mata penuh manakala jaringan sagu hati Sarawak dijaringkan oleh Mohd Sahil Suhaimi pada minit ke-63.
Pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah terpaksa berkongsi mata dengan Selangor setelah mencatat keputusan seri 1-1 dan kekal di tangga kedua liga.
Jaringan skuad Lang Merah disumbangkan oleh penyerang dari Denmark, Ken Ilso Larsen pada minit ke- 16 manakala jaringan penyamaan The Red Giant dihasilkan oleh S. Veenod pada minit ke-29 yang menyaksikan keputusan itu kekal sehingga masa permainan tamat.
Wakil kelab, Felda United mengamuk di halaman sendiri apabila mengaibkan T-Team 5-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.
Gol The Fighter dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-23 dan jaringan hatrik Thiago Agusto (minit 46, 58, 78) serta Ifedayo Olesugun pada minit ke-88 sementara jaringan The Titan disumbangkan oleh Joseph Yannick pada minit ke-41.
Sementara itu, wakil pantai timur, Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri selepas kecundang 0-2 kepada Perak pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Jaringan pasukan pelawat dihasilkan oleh Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-28 dan penyerang prolifik dari Palestin, Yashir Pinto pada minit ke-80 untuk mengesahkan kemenangan skuad The Bos Gaurus.
Pada aksi di Stadium Shah Alam, Pahang berjaya mencuri tiga mata setelah membenam pasukan kelab, PKNS FC 3-1.
Anak buah Dollah Salleh membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi Sumareh Mohamadou sebelum penyerang utama Skuad Tok Gajah, Matheus Alves menyumbat dua lagi gol pada minit ke-62 dan 71 manakala gol PKNS dijaringkan oleh Muhammad Aliff Haikal (minit 82).
Dalam pada itu, pasukan tercorot, Pulau Pinang berjaya bangkit daripada episod suram apabila merakam kemenangan kedua mengatasi Melaka 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Gol Pulau Pinang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit kelima, Mark Andrew Hartmann (minit 54) dan S. Kumaahran (minit 61) manakala jaringan Melaka disumbangkan oleh Marko Simic pada minit ke-35 dan 88.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017

Pemain JDT Mohd Afiq Fazali (kanan) menghalang pemain Sarawak Milos Raickovic mendapatkan bola pada perlawanan Bola Sepak Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunos malam tadi.--fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang