BEKAS pemegang rekod kebangsaan acara lari 200m Tan Sri Dr M. Jegathesan, yang digelar 'Flying Doctor', berharap pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, akan mengikut jejak beliau memenangi pingat emas Sukan Asia suatu hari nanti.
Pemenang tiga pingat emas pada Sukan Asia Bangkok 1966 itu, yang amat gembira dengan catatan masa 20.90 oleh Khairul Hafiz dan sekali gus memecah rekodnya selama 49 tahun, juga ingin melihat pelari sensasi itu melakar kecemerlangan lebih jauh daripada Sukan SEA.
Dr Jegathesan juga gembira dengan kemunculan bakat baharu seperti Jonathan Nyepa, G. Aravinn Thevar, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Nixson Kennedy, manakala Khairul Hafiz juga kini merupakan pesaing utama dalam dua acara pecut pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan.
"Saya sendiri tidak menjangka rekod saya akan dapat bertahan selama itu dan akhirnya, Khairul memecahkannya. Dia memberi harapan besar dan mempamerkan bakat besar melalui prestasinya secara tekal.
"Khairul ada sebulan lagi untuk membuat persiapan meraih pingat emas dan berdiri megah sebagai segelintir rakyat Malaysia yang berpeluang memenangi pingat emas Sukan SEA dalam acara 200m. Saya harap dia akan meraih pingat emas pada Sukan Asia juga," kata Dr Jegathesan, yang berada di Bahamas apabila dihubungi Bernama pada Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu sedang menghadiri Sukan Remaja Komanwel 2017 di Nassau, Bahamas.
Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khairul, 18, memecahkan rekod 20.92 yang dicipta Dr Jegathesan pada Sukan Olimpik Mexico City 1968.
Masa yang dicatat itu hanya 0.01s di belakang 20.89s yang dicipta pelari Vietnam Le Trong Hinh pada Sukan SEA Singapura dua tahun lepas, manakala rekod Sukan SEA 20.69s dipegang Reanchai Seeharwong dari Thailand, yang dicipta pada edisi 1999 di Brunei.
Atlet Malaysia menyapu bersih pingat bagi acara 200m lelaki semalam apabila Jonathan dari Sarawak mencatat masa 21.29 untuk meraih pingat perak, manakala Aravinn dari Perak menang pingat gangsa dengan masa 21.31s pada kejohanan itu, yang juga dikenali sebagai temasya Pra Sukan SEA.
Rekod yang dicipta Khairul itu adalah kejayaan utama kedua dalam kerjayanya sebagai pelari pecut setelah memecahkan rekod kebangsaan 100m yang dicipta Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30s apabila dia mengatasinya dengan catatan masa 10.18s pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Kuching tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017

JEGATHESAN: Dia memberi harapan besar dan mempamerkan bakat besar melalui prestasinya.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.