Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Australia menggantikan Yang Zhuliang, jurulatih dari China yang kontraknya di bawah Program Podium tidak disambung oleh Institut Sukan Negara (ISN).
Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen berkata, penolong jurulatih, Zhang Yukun akan bertindak sebagai jurulatih sementara ketika menunggu ketibaan jurulatih baharu yang dijangka tiba di Malaysia pada Januari tahun depan.
“Saya tidak dapat memberi butiran mengenai jurulatih baharu kerana kita masih dalam perbincangan tetapi jurulatih baharu dijangka tiba di Malaysia pada Januari tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat program persiapan atlet Sukan SEA 2019 anjuran Majlis Sukan Negara, di sini hari ini.
Chen berkata, ASUM menghormati keputusan Institut Sukan Negara sambil menambah beliau telah bertemu dengan skuad terjun negara yang menerima keputusan ISN dengan hati terbuka.
“Kita tidak dapat menafikan sumbangan oleh Zhuliang yang membimbang atlet terjunhj negara sehingga ke pentas dunia tetapi kita mahu maju seterusnya, kita mahu menerapkan sains sukan ke dalam latihan penerjun negara tetapi beliau (Zhuliang) tidak berfikiran terbuka kepada teknik moden,” katanya.
Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dilaporkan berkata, pihaknya memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Zhuliang di bawah Program Podium selepas beliau gagal untuk memanfaatkan kaedah sains sukan ke dalam latihan skuad kebangsaan.
Zhuliang adalah nama yang tidak asing di kalangan skuad kebangsaan kerana beliau telah membimbing skuad penerjun negara melakar banyak kejayaan di pentas dunia sejak tiba di negara ini pada 2001.
Beliau membimbing bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas meraih gelaran 10m platform pada Kejohanan Remaja Dunia 2004 di Brazil dan memutuskan untuk menerima tawaran kerja di Australia selepas membantu skuad kebangsaan muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA Manila 2005.
Beliau kembali menjadi jurulatih pasukan kebangsaan pada 2008 dan membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan termasuk membantu gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan Jun Hoong yang meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2017
Kontrak Yang Zhuliang tidak disambung selepas beliau gagal memanfaatkan kaedah sains sukan ke dalam latihan skuad kebangsaan. - Foto Fail
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Terjun: Kontinjen negara raih dua emas di Bukit Jalil
Mereka cemerlang mengumpul 298.98 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada hari pertama yang menawarkan tiga emas.
Dua kejohanan tempatan medan uji perenang para negara
Dua kejohanan domestik akan dianjurkan sebagai medan menguji keupayaan dua perenang para negara.
ASUM timbang panggil Jun Hoong kembali jalani proses pemilihan ke Piala Dunia 2020
Jun Hoong sebelum ini, terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei tahun lepas.
Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.
Jurulatih terjun dari Australia ganti Zhuliang
Zhang Yukun akan bertindak sebagai jurulatih sementara ketika menunggu ketibaan jurulatih baharu yang dijangka tiba di Malaysia pada Januari tahun depan
ASUM akan cadang hanya tarik pingat emas individu Wendy Ng
Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia adalah bagi memberi keadilan kepada pasangan Wendy Ng Yan Yee yang didapati positif doping jenis Sibutramine.