SUSULAN insiden pergaduhan yang berlaku di kejohanan UFC 229, Oktober tahun lalu, dua jaguh MMA, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
Khabib, 30 tahun, didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan.
Menurut NSAC, tarikh penggantungan Khabib bermula pada 6 Oktober 2018, bermakna atlet dari Rusia itu dibolehkan untuk kembali bertarung pada 6 Julai ini.
Namun, jelas NSAC, jika Khabib bersetuju untuk menyertai kempen anti-buli, tempoh penggantungan itu akan dikurangkan kepada enam bulan.
Bagi McGregor pula, atlet berusia 30 tahun dari Ireland itu dibolehkan untuk kembali bertarung pada 6 April ini selepas melalui sesi penggantungannya yang bermula pada tarikh sama penggantungan Khabib.
Bagaimanapun, memetik laporan ESPN, Khabib memaklumkan dia tidak lagi berminat untuk beraksi di Nevada.
Pengurusnya, Ali Abdelaziz berkata, Khabib kini lebih berminat untuk bertarung di Madison Square Garden, New York.
“Dia (Khabib) sudah selesai dengan Vegas, kerana memberi hukuman terlalu berat kepada saudara-saudaranya.
“Dia sukakan MSG (Madison Square Garden). Ramai peminatnya di sana, dan New York sentiasa melayannya dengan baik. Dia rindu beraksi di New York,” katanya kepada ESPN.
Ali turut memberitahu, Khabib menyasarkan untuk kembali ke gelanggang UFC, November ini.
Selain dua petinju tersebut, sepupu Khabib, Abubakar Nurmagomedov dan rakan sepasukannya Zubaira Tukhugov turut didenda AS$25,000 (RM102,668) dan digantung selama setahun.
Rakan sepasukan McGregor, Dillon Danis, dilaporkan turut menerima hukuman. Bagaimanapun kesnya akan dikendalikan nanti.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
BACA: MMA: Tempoh penggantungan Khabib, McGregor dilanjutkan
Insiden pergaduhan di UFC 229 tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.
Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang orang dari pasukan McGregor.
Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.
Khabib sebelum itu berjaya mempertahankan tali pinggang UFC lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat menerusi 'submission'.
Keputusan itu juga melebarkan rekod kemenangan Khabib kepada 27-0.
Haider Yutim
Wed Jan 30 2019

Khabib (kiri) didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan. - Foto AP

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Khabib lancar rangkaian mudah alih Eagle Mobile
Juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov kini tampil dengan syarikat rangkaian telekomunikasinya sendiri, Eagle Mobile.

Khabib kini atlet dengan bayaran tertinggi di UFC - Pengurus
Bintang MMA Khabib Nurmagomedov kini merupakan atlet yang menerima bayaran paling tinggi di UFC selepas memperbaharui kontrak dengan organisasi itu.

Ramadan waktu 'berehat', Khabib kembali aktif September nanti
Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov merancang untuk kekal aktif selepas ini, menurut ejen petarung dari Rusia itu, Ali Abdelaziz.

Kekecohan di UFC 229: Khabib didenda RM2 juta, McGregor RM200,000
Dua jaguh MMA, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).