Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund mengambil kesempatan memberikan penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
“Pasukan Borussia Dortmund mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kamangkatan adinda tersayang,” kata pasukan itu di laman Facebook mereka sejurus sebelum perlawanan bertemu kelab Wolfsburg dalam saingan Bundesliga.
Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerjasama untuk membangun dan melatih bakat-bakat baharu dikalangan kanak-kanak dan golongan belia Malaysia.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
FOTO: Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana
BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ
BACA: "Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
Syafique Shuib
Sun Dec 06 2015

Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund mengambil kesempatan memberikan penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, -Facebook/Borussia Dortmund

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

BG Pathum belasah Borussia Dortmund di Thailand
Dortmund seterusnya akan ke Jepun bagi satu lagi aksi persahabatan menentang Cerezo Osaka.

Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.

Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.

PSG terselamat mara ke pusingan kalah mati
Paris Saint-Germain (PSG) mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis selepas seri 1-1 di Borussia Dortmund.

Real Madrid lengkapkan pembelian Bellingham dari Dortmund
Dortmund mengesahkan bahawa Real bersetuju membayar EURO103 juta untuk mendapatkan Bellingham.

Ledakan Adeyemi benam Chelsea di Dortmund
Gol Adeyemi hadir selepas pelawat mendominasi pada awal babak kedua apabila penyerang Jerman itu 'mencuri' bola yang dikeluarkan hasil sepakan penjuru Chelsea.

JDT lawan yang sukar - Meyer
Pemain berusia 31 tahun itu sedar bahawa kuasa bola sepak Malaysia itu merupakan sebuah pasukan yang hebat.

Borussia Dortmund-JDT bakal berentap hujung bulan ini
JDT mengalu-alukan kunjungan gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 November.

Harungi permulaan buruk, Sevilla pecat Lopetegui
Pemenang Liga Europa enam kali itu meneruskan permulaan buruk musim ini, setelah menang hanya satu perlawanan dalam semua pertandingan.

UCL: Guardiola samakan gol gemilang Haaland dengan Cruyff, Ibrahimovic
Jaringan itu meningatkannya kepada aksi yang pernah dipamerkan Johan Cryuff dan Zlatan Ibrahimovic satu ketika dulu.