Malaysia pertimbang mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini jika terdapat ancaman keselamatan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan pandangan dan jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung status perlawanan tersebut.
"Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya," katanya pada sidang media mengenai Transformasi Nasional (TN50) di sini, hari ini.
Katanya, beliau akan meminta AFC memantau keadaan keselamatan di Pyongyang susulan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang sedang melalui fasa yang agak rumit.
Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.
Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Feb lepas.
Semalam, Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kes Jong-nam.
Diplomat Korea itu dilaporkan memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' dan mendakwa Malaysia 'berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar' dalam pengendalian kes kematian itu. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 21 2017

KHAIRY: "Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya." - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.

Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.

Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.

FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.