KELUARGA Emiliano Sala telah mencapai sasaran kutipan €300,000 (RM1.4j) daripada sumbangan awam dalam usaha meneruskan gerakan mencari penyerang Cardiff City itu secara persendirian.
Police Guernsey menamatkan gerakan mencari Khamis lalu bagi menjejaki Sala, yang bersama juruterbang, David Ibbotson, dikhuatiri terhempas bersama pesawat ringan Piper Malibu yang dinaiki mereka dalam penerbangan dari Nantes ke Cardiff, malam Isnin lalu.
Sala, yang baru melengkapkan perpindahan ke Cardiff, kembali ke Nantes untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepasukannya di kelab Ligue 1 itu.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan selama tiga hari tanpa sebarang penemuan sehingga pihak berkuasa memberhentikannya Khamis lalu.
Seterusnya, satu laman GoFundMe telah diwujudkan oleh sebuah pertubuhan tidak berpaksikan keuntungan, Sport Cover, Jumaat lalu, dengan tujuan supaya gerakan mencari dapat diteruskan di sekitar Selat Inggeris.
Kutipan sumbangan awam itu melepasi €300,000 (RM1.4j) semalam dengan sumbangan €30,010 (RM140,000) daripada bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Mbappe bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang menghulurkan sumbangan besar selepas rakan sepasukan PSG, Adrien Rabiot, turut menyumbang €25,000 (RM117,000), Sabtu lalu, manakala bintang Marseille, Dimitri Payet, mengikrarkan €10,000 (RM47,000) pada hari yang sama.
Astro Arena
Mon Jan 28 2019

Pencarian Sala dan kru pesawat yang hilang masih belum menunjukkan hasil. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bekas bintang Arsenal kembali sertai Cardiff City
Pemain tengah berusia 32 tahun yang tiba di Nice Ogos lalu secara percuma, telah membuat 34 penampilan dan menjaringkan satu gol.

Marko Grujic tinggalkan Liverpool, sertai Porto secara tetap
Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan musim 2020-21 secara pinjaman di kelab Liga Primeira itu dengan melakukan 39 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Cardiff City FC lantik Jalil sebagai pengarah bukan eksekutif kelab
Jalil menerusi akaun Twitter berkata beliau berasa istimewa dan bangga untuk terlibat dalam sukan yang sangat disayanginya itu.

Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Anak muda itu akan berlatih di Cardiff City sehingga berumur 17 tahun, sebelum berhijrah ke K.V. Kortrijk di Belgium

Dari Kajang ke Jerman, Diniz sedia sahut cabaran baharu
Pemain bola sepak remaja, Muhammad Diniz Irwan sudah bersedia untuk ke Jerman tahun ini.

Dua individu ditahan, sebar gambar bedah siasat Sala
Seorang wanita berusia 48 tahun dan seorang lelaki berusia 62 tahun dari Wiltshire ditahan kerana disyaki menggunakan komputer makmal tanpa kebenaran.

VIDEO: Bagaimana Manchester City, Spurs & Chelsea lakar kemenangan?
Manchester City kembali ke puncak liga, Tottenham menang di stadium baharu dan Chelsea atasi Brighton.

De Bruyne mahu Foden kekal di City
Skuad kendalian Pep Guardiola itu melonjak ke puncak EPL dengan satu mata di depan Liverpool selepas gol daripada De Bruyne dan Leroy Sane memastikan kemenangan 2-0 di Stadium Etihad.

Mayat Emiliano Sala disemadi pada Jumaat
Emiliano Sala akan disemadikan di negara kelahirannya di Argentina pada Jumaat.

Mayat dari bangkai pesawat dikenalpasti sebagai Emiliano Sala
Perkara tersebut disahkan oleh polis pada Khamis selepas ia dibawa ke Isle of Portland dan diserahkan kepada unit forensik di Dorset.