Pemain e-sukan atau ‘gamers’ di Malaysia wajar diberi perhatian melalui penyediaan fasiliti sewajarnya demi memajukan sukan itu sendiri, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata kerajaan komited untuk membantu anak-anak muda yang berpotensi tinggi dalam industri ini menerusi pembangunan “stadium” e-sukan atau e-stadium.
“E-stadium yang dimaksudkan bukan mengenai pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti.
“Kita tidak boleh lupakan golongan (pemain e-sukan) ini kerana golongan ini agak besar, khususnya golongan anak muda 25 tahun ke bawah. Kita perlu membantu mereka.
“Contohnya dengan menyediakan latihan dan infrastruktur jika mereka mahu mewakili negara ke peringkat antarabangsa dan memastikan mereka mempunyai elaun yang cukup, supaya mereka dapat sara hidup dan membanggakan Malaysia di peringkat dunia,” jelasnya dalam rancangan temu bual terbitan Astro AWANI "100 Hari Malaysia Baharu."
Jelas Syed Saddiq, pembinaan e-stadium juga termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
Menurut Syed Saddiq, e-sukan merupakan sebahagian daripada evolusi sukan, dan sewajarnyalah stigma buruk mengenai pemain permainan video wajar diubah.
“Mungkin ada pihak akan kata kenapa mahu bantu mereka (pemain e-sukan) yang malas duduk atas kerusi tidak membuat apa-apa. Tetapi, sukan berevolusi.
“Kalau kita lihat pada kurun ke-18 atau ke-19, sukan yang ada sekarang mana ada wujud pada masa dahulu.
“Kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-sukan,” tambah Syed Saddiq.
VIDEO: 'Gamers' mahu rangka tindakan pembangunan e-sukan diwujudkan
Mariah Ahmad
Thu May 17 2018

SYED SADDIQ: Kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-sukan. - Foto fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kembang potensi pemain melalui e-stadium - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, e-sukan merupakan sebahagian daripada evolusi sukan dan stigma buruk mengenai pemain permainan video wajar diubah.