Ketua jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim berkata terpulang kepada pengurusan pasukan untuk membuat bantahan rasmi terhadap pengadil perlawanan menentang Lions XII pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.
Jurulatih itu mempertikaikan tindakan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob membatalkan jaringan keempat skuad 'Penyu' pada penghujung perlawanan sehingga mengakibatkan pasukan itu gagal layak ke final.
Beliau mendakwa pengadil tidak merujuk kepada penjaga garisan sebelum membatalkan jaringan keempat Terengganu sehingga memaksa skuad itu tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.
Walaupun menang 3-2 tetapi keputusan pengadil itu menyaksikan Lions XII dari Singapura mara ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan terikat 4-4 secara agregat.
Justeru, Abdul Rahman berkata kemungkinan satu bantahan rasmi perlu dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden tersebut.
"Saya pun tak tahu atas dasar apa penjaga garisan mengangkat bendera.
"Tapi, pengadil pun, sebelum dia sahkan gol, dia kena merujuk dengan penjaga garisan terlebih dahulu. Tapi, dia tak buat. Itu yang saya tak faham," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan itu.
Abdul Rahman berkata meskipun impian skuad Penyu untuk mengulangi sejarah mara ke final selepas 2011 tidak tercapai, namun beliau tetap memuji persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, beliau akur dengan hakikat bahawa mereka gagal ke pentas final dan telah mengecewakan harapan rakyat Terengganu.
Bernama
Sun May 17 2015

Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. -- fotoBERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Rahman pertikai tindakan pengadil
Terpulang kepada pengurusan pasukan Terengganu untuk membuat bantahan rasmi terhadap pengadil perlawanan menentang Lions XII semalam.