Keunikan serta kecanggihan struktur terkini Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah dinaik taraf bersempena penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dikenali Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mendapat reaksi positif dari orang ramai.
Pembangunan semula stadium berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek bagi mewujudkan Bandaraya Sukan KL ternyata memukau hampir 1,000 penonton yang hadir pada Hari Komuniti Bola Sepak yang berlangsung pada Jumaat.
Seorang kakitangan awam, Ahmad Amairuddin Haidi, 39, menyifatkan wajah baharu stadium yang pernah menyaksikan atlet bertaraf dunia bersaing pada temasya sukan berprestij Sukan Komanwel 1998 itu setanding dengan stadium antarabangsa yang lain.
"Saya rasa seperti berada di sebuah stadium yang terletak di luar negara. Reka bentuknya yang baharu ini kelihatan seperti Allianz Arena di Munich, Jerman dan saya sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga untuk bercerita mengenai stadium ini," katanya.
Nurul Azimah Suhaimy, 33, seorang suri rumah pula berkata hiasan lampu LED berwarna-warni yang terdapat di sekeliling stadium merupakan antara kegemarannya.
"Hiasan lampu LED berwarna-warni di sekeliling stadium di waktu malam sangat memukau pandangan saya, malah anak-anak juga sering menjerit kegembiraan apabila melihat ia mampu bertukar-tukar warna ketika saya memandu melintasi stadium ini," kata ibu kepada dua orang anak ini.
Dalam pada itu seorang pemain pasukan kelab Majidee 83 FC, Al-Saiful Azhar, 34, memuji kualiti rumput selain menyifatkan peluang beraksi di venue rasmi Harimau Malaya itu merupakan satu mimpi yang menjadi kenyataan.
"Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila dapat beraksi di venue rasmi skuad kebangsaan ini. Kualiti rumputnya sangat memuaskan dan tidak mudah tercabut, namun keadaan padang sedikit keras mungkin disebabkan masih baharu dan belum pernah digunakan," jelas beliau.
Turut hadir pada Hari Komuniti itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung serta pemain bola sepak amatur yang terpilih untuk mengadakan perlawanan persahabatan di stadium berkenaan.
Sebagai rekod, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menerusi anak syarikatnya Rukun Juang Sdn Bhd (RJSB) telah dilantik oleh kerajaan untuk membangunkan projek Bandaraya Sukan KL manakala pakar stadium antarabangsa, Populous pula dipilih sebagai pereka projek tersebut.
Projek pembangunan semula itu dilaksanakan secara berperingkat iaitu fasa pertama yang bermula sejak Januari 2016 dan dijangka siap menjelang temasya Sukan SEA, manakala fasa kedua akan bermula pada Januari 2018.
Fasa kedua bakal menyaksikan Bandaraya Sukan KL dijadikan hab sukan bersepadu merangkumi infrastruktur berkelas dunia termasuk kemudahan latihan berprestasi tinggi, pusat pemulihan sains sukan, taman belia, kemudahan awam, pusat konvensyen dan pusat beli-belah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Kerja menambah baik Stadium Nasional Bukit Jalil hampir siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan pada Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi. - Foto Bernama
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.