Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta untuk pengurusan bola sepak Kedah sepanjang musim ini bagi semua pasukan yang dikendalikannya.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Abu Hanipah berkata, peruntukan terbabit termasuk pengurusan untuk pasukan bola sepak wanita, pasukan belia, pasukan Piala Presiden dan pasukan utama yang menjulang Piala Malaysia pada musim lepas.
Katanya, perbelanjaan akan dilaksanakan secara berhemah tetapi di masa yang sama akan meneruskan perancangan agar pasukan bola sepak Kedah dapat terus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada 2016.
Namun, beliau optimis Kedah dapat meraih lagi beberapa gelaran pada musim ini termasuk Piala Sumbangsih, Juara Liga Super dan Piala FA.
“Peruntukan pada tahun ini kita bajet RM27 juta, tapi itu bajet, kita tidak boleh lebih pada itu, kita akan kawalkan perbelanjaan ini secara berhemah dan mungkin di bawah RM27 juta, kita tahu negeri lain berbelanja sampai RM60 -RM70 juta, kita setakat mampu setakat tu saja,” katanya pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Penaja dan Pelancaran Pasukan Kedah Darulaman 2017 di Bandar Darulaman, di sini hari ini.
Menurut Ahmad Bashah lagi, Kedah tidak menghadapi banyak masalah dalam penajaan pasukan pada musim ini.
Katanya, Bina Darulaman Sdn Bhd (BDB), Syarikat Air Darulaman (SADA), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), syarikat peralatan sukan Al-Ikhsan dan syarikat pengangkutan, Cosmic adalah penaja utama pada musim ini.
BDB menyumbang sebanyak RM12 juta, manakala SADA dan PKNK sebanyak RM5 juta masing-masing, selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Sementara itu, Kedah turut menyenaraikan 25 pemain yang akan bersaing dalam liga super musim ini termasuk dua pemain import baharu Zachary Micheal Anderson dari Australia dan Ken Ilso Larsen dari Sweden.
Dua pemain import yang dikekalkan iala Sandro de Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi dari Kosovo.
Menurut Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Ho, Mohd Rizal Ghazali akan terus menyarung jersi Kedah pada musim ini, walaupun pada mulanya dikatakan telah menandatangani kontrak bersama Felda United.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 13 2017
Ahmad Basham (tiga dari kiri) pada Majlis Memperkenalkan Penaja dan Pelancaran Pasukan Kedah Darulaman 2017 di Bandar Darulaman, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KFA perlu RM27 juta tahun ini - Presiden KFA
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta bagi membiayai operasi persatuan itu tahun ini.